Islamic Widget

Monday, December 14, 2009

adakah islam menindas wanita?-bhg.1








Oleh: Lopa Hussain & Adnan Khan, Khilafah.com

“Burka yang menutupi hujung rambut ke hujung kaki dengan gril yang tidak berudara, bukan hanya satu instrumen penindasan, secara umum ia merupakan satu perbuatan yang mencemar dan menutupi keseksualan perempuan. Ia menjadikan seseorang wanita itu satu objek yang mencemarkan, terlalu menjijikkan untuk dilihat. Ia adalah satu pakaian yang membunuh keinginan seksual…malah menjadikan mereka makhluk yang takut untuk membuat sebarang tuntutan, juga mengundang keganasan dan penindasan…Vers i moden pakaian ini juga turut mempunyai impak yang sama, memberi inspirasi untuk fikiran yang menunjukkan nafsu seks yang kuat yang tidak disenangi, yang bertujuan untuk mengekang.”

Polly Toynbee dalam ‘ Behind the Burka,’ Guardian, UK.

Pengenalan
Tidak ada penghinaan yang telah diberi lebih perhatiannya oleh komentator dan penulis di seluruh dunia daripada isu mengenai pandangan Islam terhadap wanita. Imej wanita yang bertudung litup dengan vel menutupi muka-muka mereka, akan terbayang di fikiran apabila sahaja media membincangkan isu ini. Layanan terhadap wanita di dalam mana-mana masyarakat telah dijadikan satu kayu pengukur terhadap kemajuannya supaya apabila dunia Muslim dinilaikan daripada segi layanan terhadap wanita dan keterlibatannya dalam masyarakat, ia dianggap sebagai satu kegagalan daripada segi standard Barat.

Ini telah disusuli dengan berbagai-bagai serangan yang keterlaluan terhadap Islam:

“Kita tahu bahawa Taliban adalah sebuah regim yang menafikan hak kesemua warganya walaupun hak-hak asas manusia, dan untuk wanita perkara ini adalah sesuatu yang sangat buruk. Perkara yang wanita di negara kita ambil mudah seperti menikmati kehidupan bersama keluarga secara terbuka atau berpakaian sebagaimana yang disukai. Kesemua ini adalah dilarang. Jika anda memakai pengilat kuku di Afghanistan, kuku anda berkemungkinan akan dicabut. Ya, mungkin ini adalah contoh yang remeh, walaubagaimanap un, ia tetap satu contoh penindasan terhadap wanita dan tidak ada apa lagi yang boleh saya fikirkan sebagai satu simbol penindasan terhadap wanita selain daripada burka yang menggambarkan dengan jelas tentang peranan wanita di Afghanistan dan kami mempunyai perbincangan yang menarik bagaimana pengalaman memakai burka dan bagaimana ia menyukarkan kehidupan harian.”

dan

“Islam adalah sebenarnya anti wanita. Islam adalah punca utama penindasan wanita Muslim dan terus menjadi halangan yang utama untuk perkembangan mereka. Islam sentiasa menjadikan wanita sebagai makhluk yang inferior di dalam semua perkara: daripada segi fizikal, intelektual dan moral. Pandangan negatif ini dibenarkan oleh Al-Quran, disokong oleh hadith dan diteruskan oleh ahli-ahli agama yang menjadi penjaga dogma dan kejahilan umat Muslim.

dan

“Beratus-ratus wanita ditembak, dibakar, dicekik, direjam, dipenggal atau dibunuh setiap tahun di negara-negara Islam kerana saudara lelaki mereka percaya bahawa perbuatan mereka telah mencemarkan nama keluarga. Mereka terbunuh supaya maruah keluarga terjamin. Mengikut praktis keagamaan dan kesukuan ini, wanita adalah kepunyaan lelaki dan mencerminkan maruahnya. Kehormatan lelaki akan tercemar jika seseorang wanita itu berkelakuan bebas. Para pembunuh ini dan penyokong- penyokong mereka merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran yang membenarkan para suami memukul isteri –isteri mereka.”

dan

“Para fundamentalis menuntut supaya wanita berpurdah dan diasing- asingkan di setiap peringkat dalam masyarakat, bermula dari awal baligh. Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan di antara suami dan isteri di khalayak umum juga adalah dilarang. Memukul isteri pula adalah sangat berleluasa di mana ramai yang melihatnya sebagai satu perlakuan yang normal dalam sesebuah perkahwinan. Manakala dalam hubungan kelamin, sebarang posisi di mana wanita berada di posisi atas akan dianggap haram atau berdosa. Adalah sukar untuk dibayangkan bagaimana kedua-dua pasangan ini dapat menikmati keintiman dalam suasana sebegini…. Nazi, seperti juga fundamentalis Islam dan Kristian, sangat obses dengan perawan dan wanita harus akur hanya dengan menjadi suri rumah tangga dan ibu yang sempurna.”

Kesemuanya ini hanyalah sebahagian daripada tuduhan- tuduhan yang dilabelkan oleh Barat untuk menentang Islam dan Syariah. Sementara itu, terdapat beberapa kesalah tanggapan di Barat tentang Islam dan wanita , dan pada masa yang sama kebencian terhadap Islam adalah rencana yang berterusan di dalam akhbar dan majalah di Barat.

Walau bagaimana pun, kesalah tanggapan ini tidak hanya terhad di Barat sahaja, malah dunia umat Islam juga mempunyai banyak kesalah tanggapan mengenai hubungan lelaki dan wanita secara Islami dan juga peraturan Syariah mengenai wanita. Idea-idea seperti wanita dilarang daripada mempunyai sebarang peranan dalam masyarakat, suara wanita dianggap aurat, perkahwinan paksa, pengundungan alat kelamin wanita, pembunuhan bermaruah, malah beribu-ribu wanita dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana disimbah asid akibat menolak untuk perkahwinan yang diaturkan atau perbalahan mengenai mas kahwin dan rumah tangga. Ramai yang mempunyai pandangan bahawa Syariah telah mengenepikan sebarang hak wanita kepada suami dan bapa mereka di mana kesemua ini adalah kebiasaan budaya mereka yang telah dilihat sebagai Islami.

Sebagai reaksi terhadap perkara ini, ramai wanita telah berpaling kepada Barat dan bertahun-tahun berjuang untuk mencapai kesamaan hak dengan lelaki. Malah ramai wanita yang mempunyai pengetahuan Islam juga berpaling kepada Barat sebagai penyelamat mereka dan sentiasa menuntut pemisahan dan pengasingan kepada apa-apa yang masih tersisa dalam Islam.

Tujuan buku kecil ini ditulis adalah untuk menilai perjuangan yang dilakukan oleh wanita-wanita Barat untuk mencapai hak-hak mereka kerana keberlangsungan nya akan dijadikan kayu pengukur untuk wanita-wanita dan masyarakat di seluruh dunia. Sistem sosial Islam pula akan dirujuk untuk menilai apa yang sebenarnya diperkatakan oleh Islam tentang wanita, bagaimana ia mengatur hubungan lelaki dan wanita dan kesesuaiannya sebagai model untuk wanita dan masyarakat.