Islamic Widget

Saturday, July 31, 2010

Nasehat AlHabib Imam Dai'ilallah AlQutbiyah Abdullah Al-Haddad "Seseorang yang sibuk memenuhi hak Tuhannya daripada hak dirinya dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba yang dekat. Seseorang yang sibuk memenuhi hak dirinya daripada hak Tuhan dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba syahwat. Seseorang yang sibuk memenuhi hak teman-temannya daripada hak Tuhannya dan hak dirinya, maka dia adalah hamba kedudukan. Seseorang yang sibuk dengan memenuhi hak Tuhannya dan hak teman-temannya daripada hak dirinya, maka dia adalah pewaris Nabi."(Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad).

Saturday, July 10, 2010

ADAKAH KAU LUPA | SALADIN the animated siries

Subhanallah~indahnya hidup bertuhan yang ESA...Hari ini terasa suatu rasa yang amat ku sukai,,rasa cinta bertuhan,,,rasa sayu bermunajat kepadaNYA,,,rasa rindu jika tidak menyebut namaNYA walau sedetik cuma...''UFUK RISALAH TA"LIM''-karangan sa'id Hawa..amat bagus untukku memahami apa erti ta'lim dari setiap segi dan mengetahui apa yang dibawa oleh Imam Hassan Al-Banna.Aku cukup kagum pada beliau dan perjuangan hidup yang ditempuhinya.~~ALLAHUAKBAR!!!!!
Bagaimanakah aku nanti ya??
*Dahulu,aku fikir,aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang hanya mendamba cinta pada Allah sepenuhnya dan zuhud pada dunia...Tapi,setelah aku makin mengenal erti perjuangan islam yang sebenar melalui pembacaan dan analisisku,,aku fikir,bahawa aku salah faham akan erti sebenar hidupku dan hidup beliau ini..berbeza zaman dan arus kehidupan,serta corak kehidupan antara aku dan rabiatul adawiyah...
siapakah aku ini jika hendak dibandingkan beliau yang dicintai Allah??hanya hambaNYA yang banyak berdosa....
zaman dahulu yang tersebar luasnya islam dan kuatnya pemahaman serta penghayatan islam dalam masyarakat...kini???lihatlah dan analisislah sendiri bagaimana corak hidup masyarakat kita....
Masihkah lagi aku mementingkan diriku ini,membiarkan masyarakat kita mahupun saudara seislam kita terumbang-ambing tanpa pedoman???bagaimanakah nanti aku akan jawab di hadapan Allah???apakah sumbanganku untuk islam dan ummah???
terkelu aku sendirian...***Ya Allah,moga ENGKAU kuatkan iman dan taqwaku ini.***...
Bagaimana jika aku berjuang sendiri??tidak!!aku tidak sendirian,,ALLAH bersamaku...
#Aku sering membaca kisah pejuang-pejuang islam..seperti srikandi Khawlah Al-Azwar,ketangkasannya dan keberaniannya sering menjadi inspirasiku...selain Rasulullah s.a.w yang pastinya terutama buatku..
Bagaimana ya??bagaimana harus ku bentukkan barisan pejuang islam yang inginkan 'hidup mulia atau mati syahid'???aku bermonolog sendiri...YA!!! mendidik generasi mujahid islam yang persis seperti salahuddin ayyubi dan sultan Al-Fateh...tapi,layakkah aku??hanya hambaNYA yang terlalu besar dosa ingin mendidik generasi mujahid yang suci hati dan diri mereka...;layakkah aku????

Ya Allah,dulu aku kian alpa mencari matlamat hidupku...
tapi,kini,aku kian nampak cahaya yang ku rasakan aku ingin gapainya..
lantas menerangi persada gelap hati ini dalam mendamba redhaMU...
aku yang salah menilai hidup ini mengikut corak pemikiranku yang kusam...
Namun,tidakkan ku menyerah biarpun kerap kali aku gagal menggilap cahaya itu...
Moga Islam di hati dan diri ini...dulu,kini dan selamanya...insyaallah....

Shoutul Harakah - Cita Pemuda