Islamic Widget

Tuesday, December 27, 2011

Pena pejuang anak muda dan veteran


Subhanallah...

Dalam sujud syukur tika tiada bersamaku..melainkan Tuhanku Yang Esa..

Rasanya aku lebih selesa dengan penulisan dalam blog ini..

Mari kita melihat kepada suatu topik yang bersangkut dengan perjalanan hidup kita iaitu 'PERSPEKTIF'..suatu cara atau kaedah sudut pandang ataupun jua seperti penilaian terhadap sesuatu perkara tidak kiralah dalam hal kerja,individu,organisasi.pemilihan cara hidup dan sebagainya..Betapa pun bagaimana persepktif kita kepada sesuatu,usahlah kita terus menghukum dengan hanya bersandarkan persepktif kita semata-mata.Pemikiran yang bergantung kepada persepktif yang baik atau boleh dikatakan 'husnuz zhon' adalah digalakkan,tapi,amat menyedihkan bila yang di praktikkan adalah perspektif yang buruk atau 'su uz zhon' teramat menyedihkan..kesempitan pemikiran adalah akibat daripada jumud nya persepktif dalam personaliti yang menjadikan manusia khususnya pendakwah mahupun pejuang islam terkebelakang dek berbeza entiti pergerakan mahupun khilaf dalam ijtihad masing-masing..Jadi,pengurusan nilai perspektif perlu di nilai dan di 'post mortem'kan secara telus,berfikiran terbuka dan berlapang dada(salamtus sodri),jika nilai-nilai baik ini tidak diterapkan ke dalam jiwa-jiwa muda mahupun veteran dalam memahami kelebihan dan kekurangan pergerakan masing-masing,usah menuding jari anatara satu sama lain jika pergerakan aktivis-aktivis ini kurang mampan perlaksanaan misi dan visi yang hebat di canangkan..

Dalam sejarah Tanah Melayu(malaysia kini),dahulu jua terdapat perbezaan kaedah dan pola pemikiran generasi yang berbeza iaitu kaum muda dan kaum tua dalam menggerakkan jentera aktiviti-aktivi ke dalam politik,dakwah,perkauman,sosial,ekonomi dan sebagainya..Bagi anak muda yang seperti aku ni,aku makin cuba memahami mengapakah orang tua seringa mengatakan kepada kita 'darah muda besa lah'.,atau 'jangan ikut kan sangat darah muda yang hangat atau panas'??ermm,kata-kata yang mereka tujukan kepada kita adakah mereka dulu pun begitu?atau sekadar menyekat atau menyabarkan hati dan pergerakan anak-anak muda seperti kita??jika ikutkan hati yang agak terbakar dengan sindiran dan perlian,atau postifkan diri,mungkin nasihat yang baik,,inshaallah,,perlu kita ambil iktibar bersama-sama jua..bagi anak-anak muda,orang-orang tua atau veteran seeloknya tidak terus menyekat anak-anak muda ini dengan tindakan dengan tidak wajar lantas menenggelamkan kekreatifan minda anak muda,sebaliknya,hendaklah diberikan peluang kepada anak muda ini memandu corak perjalanan hidup mereka dengan bimbingan secara 'remote control' atau melihat daripada jauh dan memberi tunjuk ajar dengan hikmah agar tidak tersasar,bukan terus menghukum dan memainkan peranan masuk campur tanpa penjelasan atau boleh di istilahkan jua ibarat 'queen control' dalam mengadaptasikan anak muda MESTI menjadi apa yang mgolongan vetern inginkan..

Walaupun begitu,anak muda harus bertoleransi dan menghormati veteran kerana pengalaman dan ilmu yang di miliki mereka,bahkan menghormati orang yang lebih tua,lebih memahami asam garam kehidupan yang agak alam.anak muda jua harus faham,terkadang mungkin ada benar,dan ada silapnya pandangan veteran ini,tapi,itu biasalah,mana ada manusia di dunia ini yang sempurna kan??begitu jua golongan tua atau veteran..jadi,isu khilaf perspektif atau pendirian mahupun pergerakan golongan anak muda dan golongan orang tua atau veteran tidak harus membuatkan pergerakan dakwah islam menjadi tumpul bisa nya,hilang kesatuannya,dan rosak fikrah islamnya dek saling melabel 'anak muda tidak betul!','veteran tidak betul!',dengan pelbagai istilah seperti terlalu jumud,sempit,agresif,mandom dan sebagainya..

Pandangan aku yang kerdil ini,apa salahnya kita terus memainkan peranan kita mengikut posisi masing-masing dan saling mengamalkan keterbukaan dan berlapang dada dalam wadah dakwah yang kita pilih untuk jejakinya..jika kita terasa susah,inilah dikatakan PERJUANGAN!!usah berjuang jika tidak sanggup susah,dan tidak layak digelar sebagai PEjuang jika tidak sanggup bersusah..bukan kah kita selalu mendengar 'Susah itu Tarbiyyah??dan bukankah dengan susah nya hidup dalam perjuangan mampu mematangkan fikiran dan tahap personiliti kita dalam mengurus emosi,mental dan fizikal kita dalam mendepani masa hadapan?Tarbiyyah itu pendidikan yang dapat mengajar kita kita dalam me'makna'kan perjuangan kan??

Sabar Itu indah??ya!indah jika kita mampu mengenal jalan ini bukan hanya terkedepan,tapi,seringkali boleh jadi kita akan keterbelakang tanpa kita sedari..bak kata pepatah;'kehidupan manusia ini ibarat roda yang berputar,terkadang di atas dan terkdang di bawah'..jadi?pilihlah jalan hidup kita dan jalanilah dengan positif,ambil 'ibrah dalam setiap urusan hidup tidak kira lah susah mahupun senang,derita,kecewa mahupun bahagia..dan andai terjatuh sekali dalam laluan ini,bangkit kembali,kerana bukan kah kita anak muda yang tahan lasak??yang tidak gentar dengan dunia ini kerana kita lebih takutkan Allah?dan sunnah rasulullah s.a.w kita mahu soroti jalan baginda sebaik mungkin...maka,sorotilah dengan peribadi unggul sepertimana Baginda s..a.w yang kita rindui..

Anak muda,kita generasi pemimpin masa depan,dan ingatlah kita tidak boleh berlebihan dan berkurangan dalam sesuatu,,maka bersederhanlah,kerana ia lebih baik..membina waqie' islam yang kita inginkan memang cita-cita pejuang islam,tapi,haruslah dengan hikmah dan terkadang kita terpaksa mengikhlaskan hati serta melapangkan diri untuk menerima sesuatu keputusan,bukan kerana kita gentar,bimbang di 'black list' oleh pihak=pihak tidak sependapat,tetapi,kerana kita kena jelas dengan misi dan visi yang lebih jauh..mengikut waqie; walau kita tidak rela,hati seakan tawar,tapi,ingat,perjuangan memartabatkan islam bukan mainan,yang boleh kita tinggalkan semudah itu saja jika kita tidak suka mahupun tidak sanggup,tetapi,KITA MESTI jua teguh bergerak demi masa depan ISLAM yang cerah..dan percaya lah,moga berkat kesabaran,doa dan tawakal kepada Allah setelah kita berusaha,moga Allah mentakdirkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan ummah dan Agama Islam kita ini ke arah khilafah islamiyyah,,ameenn,,inshaallah..

sebelum aku meninggalkan tinta ku yang kerdil ini,inginku tinggalkan suatu ayat daripda firman Allah yang dapat kita renungkan bersama-sama walaupun ayat yang pendek..ssungguhnya Allah Maha Bijaksana,semuanya telah ada di dalam KALAMNYA..

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

marilah kita bersama sama memburu syahid fi sabilillah,,

'sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan allah dalam barisan yang teratur,seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.'


wallahua'lam,,sekian saja

~pena zikrullah,zikr Q Ann~

Saturday, December 24, 2011

Cerpen sahabat cinta


Subhanallah,wal hamdulillah..

Tika menyoroti masa yang lalu,mengimbau memori semalam yang gerimis,hati itu sangat pedih,saat itu jua air mata tidak mahu bertoleransi dengan mata yang sedang cuba menahan empangan tangisan mengalir jernih.Nur hanya mampu menyeka dengan pantas air mata yang mengalir di pipi,tanpa sesiapa menyedari sebenarnya hatonya sangat-sangat terluka..tika tiba-tiba temannya menyapa dari belakang kerusi yang di dudukinya;

Nas;assalamualaikum,ya ukhti habibati..tengah dok buat apa sorang-sorang kat sini?
teringat kekasih hati ka??hehe..(dengan senyuman yang manis dihadiahkan
kepadaku..)

Nur turut menghadiahkan kembali senyuman,sambil memakai semula cermin matanya untuk menutup kesan riak matanya yang baru lepas menangis..kononnya,tunjuk tabah kan..hihi

Nur:owh,waalaikumus salam,ya sahabatku..alhamdulillah,saja ja kat sini..besa lah,masa
ni lah boleh layan perasaan sikit.sambil mensyukuri nikmat allah..bukan selalu
dapat peluang macam ni kan..bersantai-santai dalam rindu-rinduan..memang teringat
kat kekasih pun..tau tak sapa??.(sambil mengenyitkan mata yang nakal kepada
temannya..)

Nas;eishh,biar betul,sejak bila enti ni ada kekasih hati ekk?ana melawak saja
pun..cer cite sapa..kata sahabat sejati dunia akhirat,,tak puas hati ni tau..
(mula lah mulurnya panjang sedepa,bila lihat muka temannya yang lucu,beransur-
ansur hilang rasa sakit di hatinya..)

Nur:amboi,pantang kalau ana masuk bab ni,mula lah nak merajuk,sabar
lah,sebenarnya,dia ni sangat special tau,ana pun susah nak gambarkan dia itu
macamna,sangat sempurna dalam mata dan hati ana,tak ada siapa boleh lawan
kesempurnaannya.tapi,dia terlalu dicintai ramai pendamba nya yang setia,pendamba
cinta dia itu sanggup mati untuk dapatkan cinta dia,apatah lagi untuk bersama
dengannya.ana ni,hanya insan biasa,bak orang selalu kata;melukut di tepi
gantang,,sapa pun tak pandang..apatah lagi dia yang sanagt sempurna..cinta ana
tak seagung cinta pendamba cintanya yang lain kepada dia(sambil menunduk ke bawah
menahan tangisan..)

Nas;yi ye ke?hebat jugak yer kuasa cinta kekasih enti kepada orang lain sampai
sanggup mati untuk dia..Nur,lebih baik enti bagitau ana siapa dia itu,mana tahu
ana boleh jadi 'spy' enti ka,tak pun,ana boleh tolong 'matching' kan enti dengan
dia..ana pun nak tahu betapa hebat dan 'perfect' sangat kekasih enti itu??(Nas
membuat lagak selamber nya seperti 'detektif conan'..macam hebat jer dia ni
yer..)hahhh...apa nama dia dan butir-butir peribadinya??

Nur;ermm,tak apa lah Nas,enti kenal dia,dan ana rasa enti dah salah faham dengan
pengertian ana ni..enti tak faham..

Nas;Apa yang ana tak fahamnya??perkara macam ni bukan boleh main-main,melibatkan hati
dan perasaan,ana boleh tolong enti..jangan lah malu dengan ana..inshaallah,enti
kan sahabat ana dunia hingga akhirat..sapa dia?

Nur:dia..dia..dia..dia itu...(sambil berkira-kira mahu memberitahu temannya..)

Nas;dia,,dia,,dia..dia apa?dia itu sapa??(berubah terus mukanya menjadi kemerah-
menahan menahan rasa tidak puas hati..)

Nur:DIA,,DIA itu Tuhan kita semua..ALLAH!!enti pun tahu kan,perasaan ana ni
macammana,,kenapa enti selalu buat-buat tak faham?ana tak ada msa nak fikir bab
hati dan perasaan dengan manusia lain sedangkan hati ana ni kenapa susah sangat
nak mencintai allah sepenuhnya?enti pun tahu kan,ana ni cuba untuk menjadi
pencintaNYA yang terbaik,tapi,ana..ana..ana ni manusia biasa yang seprti orang
lain juga kadang-kadang kalah dengan nafsu cintakan dunia dan
kesenangan,,sampaikan ana rasa,nak saja terus bertemu dengan DIA,tak sanggup dah
nak buat lagi banyak dosa,,cinta fana menyakitkan,tapi,cintaNYA membuatkan hati
ini bahagia,tapi,nafsu tak pernah mengenal erti putus asa kepada cinta yang belum
kuat macam cinta jiwa ini kepada DIA,,Nas,,enti faham tak..??(kata-kata yang agak
perlahan diselangi esakan yang dalam..bagaikan penuturnya mentafsirkan rangkuman
kata-katanya dari lubuk jiwa yang derita cinta..atau rindu..atau seoarng
pendosa..)

Nas;(terkelu untuk membalas kata-kata temannya,Nur..namun,kembali,beristighfar,dan
menenangkan dirinya untuk menyusun kata-kata buat sahabat yang disayanginya)

Nur,seindah namamu,nur zikra..cahaya peringatan,,benar kata-kata enti,dan bersabarlah dengan hati enti..seharusnya,enti bersyukur kerana Allah menyayangi enti dengan mencampakkan rasa keinsafan dan inginkan cintaNYA yang agung,walaupun bukan semua manusia bahkan hambaNYA,mengerti hidup bertuhan dan ikhlas mencintaiNYA..betapa ramai yang menuturkan cinta kepada yang tidak halal,yang kebanyakannya hanyut dengan cinta manusia apatah lagi dunia yang sementara ini..pernahkah enti dengar;antara golongan yang dinaungi Allah tika hari kebangkitan antaranya golongan yang menitiskan air matanya mengenangkan dan mengingati allah dek dosa-dosanya yang lalu dan yang mencintaiNYA??ana tahu,enti lebih alim tentang ini daripada ana sendiri,,jadi,pesan ana buat diri ana sendiri dan enti,terus istiqamah dan dekatkan diri dengan DIA,dan jika benar enti cintakan DIA,maka,telusurilah jalanNYA dan jua jalan kekasihNYA,rasulullah s.a.w,gapailah mardhatillah dengan amalan-amalan amar maaruf nahi mungkar,dan belajarlah erti ikhlas,tadhiyyah,sabar dan redha dengan jalan perjuangan ini,,ingat,Nur Zikra,cinta Allah tidak pernah menghilang,,ingat tak lagu yang kita suka nyanyikan bersama-sama??..(dengan lembut,nas mengusap halus air mata sahabatnya itu dan tersenyum mesra,namunm,di dalam anak matanya,matanya seakan berkaca-kaca menahan sebak..)

Nur;ya,sahabat..ana mengerti..lagu maher zain kan..'He's always be
there',right.ermm,.terima kasih sahabat..mog kita sama-sama istiqamah dalam jalan
juang ini ya..ana bersyukur memiliki teman sejati seperti enti yang memahami
ana,dan selalu beri peringatan kepada ana..ana sayangkan enti kerana Allah,..

(mengesat air mata sambil tersenyum seindah suria yang mekar kembali..bagai kan seindah mentari ukhuwwah fillah dalam perjuangan islam ini..)

Nas;inshaallah,,ana jua sayangkan enti kerana allah,,kalau enti ada masalah kongsilah
dengan ana sama,ana pun akan buat macam itu jua,boleh ya..dah,,dah..sekarang
ni,jom kita pakat-pakat pi solat kat surau kampus kita,dah nak masuk waktu maghrib
dah sekarang ni..bolehlah kita..???

Nur':..berdating dengan Allah,kan..??!!baik..jom lah,,kita bertemu dengan
allah..rindu sangat hati ini..

Kedua-dua sahabat ini berpimpin tangan sambil melangkah ke surau kampus mereka,dan terlihat senyuman yang indah tergambar di wajah masing-masing..subhanallah,indahnya..ini lah ukhuwwah fillah..

'bila melihat wajahnya,,teringatkan allah..bila melihat amalnya,teringatkan amalan kita yang sedikit kepada allah,bila mendengar bicaranya,mengembalikan hati kita untuk mengingati allah,dan saling berpesan=pesan ke arah kebaikan serta mencegah kemungkaran..'

wallahua'lam..

p/s;kisah pendek ini hanyalah rekaan dan imaginasi penulis sahaja..mungkin ada sedikit unsur-unsur pengalaman diri atau orang lain juga,,apa-apa pun,ambillah yang mana baik,dan yang kurang baik itu,jadikan sebgai iktibar kita bersama..

salam sekencang ukhuwwah fillah,seerat mahabbah ilallah!!

Wednesday, December 21, 2011

Diari hidup~

salam mahabbah fillah,,
ya allah,di keheningan malam ini,aku kembali bertafakkur kepadaMU,meneguk lautan rahmatMU membenarkan aku bernafas di muka bumiMU ini..kenangan lalu terimbau di ingatan..tika aku jatuh tersungkur,tika tiada siapa yang mempercayaiku,tika aku berendam air mata sendirian menanggung penderitaan yang amat ku takuti..

Tika itu,terasa dunia ini kelam,laluan ke depan ku terasa berliku,jauh untuk ku daki..tiada tangan-tangan menghulur dengan senyuman,,aku hampa dan kecewa..saat itu,aku makin akrab denganMU,aku makin bahagia berbicara denganMU dalam tangisan,hingga aku tidak gemar berkata-kata dengan lisan sesama manusia..namun,ENGKAU MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG,,di saat itu,ENGKAU titipkan hati-hati yang ikhlas menghulur kasih sayang kerana ALLAH,,saat berjanji setia dalam perjuangan agamaMU,membuatkan aku ingin menjadi tegar dengan jalan hidupku..

Ketakutanku selama ini telah ENGKAU uji bertalu-talu dalam masa yang sama,hingga saat aku ketawa riang,setelah itu,EnGKAU aturkan buatku untuk menangis kesedihan..aku tahu,aku makin lalai dengan kesenangan dunia..fitnah dunia melalaikan aku,,aku benar-benar takut untuk menghadapi masa hadapan,tapi,aku tetap memberanikan diri menghadapinya..abang ku pernah berkata'seorang pejuang kena menghadapi,bukan berpeluk tubuh atau bersembunyi di dalam selimut,itu bukan perjuangan,tapi,persembunyian seorang pengecut!!'ya,aku memang seorang yang agak pemalu dan agak gentar kenyataannya,tapi,aku boleh menjadi seorang yang lebih berani tika aku tidak takut dengan apa-apa pun kecuali tuhanku bila aku di tekan..

Dalam berukhuwwah dan bersahabat,kenyataannya,segalanya banyak bermula di kampus ku,di sinilah aku mengenal sahabat2 sejati,mengenal bumi barokah,dan gerka kerja berkumpulan,,,Sejujurnya,aku tidak pernah berkawan dengan muslimin sejak di pasti,sek,rendah,hingga sek ,menengah.melainkan adik beradik lelaki ku dan sepupu2 lelaki ku..walaupun aku bersekolah campur..entahlah,rasanya bagiku tidak ada keperluan ke arah itu..kerana bagiku dunia antara aku dan mereka berbeza..mungk8n kerana itu jua,ada kalanya,aku menghadapi masalah komunikasi antara muslimin di kampus ku,,dalam melakukan gerak kerja berpersatuan..jujur aku katakan,aku tidak pandai berukhuwwah dengan mereka,,bagiku,aku berukhuwwah dalam gerak kerja,dan kurang gemar mahu masuk hal perasaan atau peribadi melainkan sedikit2 saja,kerana itu bukan aku..kerana aku..dulu,di sekolah agama ku,malah hingga kini prinsip yang masih ku pegang kerana ALLAH,aku tidak akan berkawan atau bercouple dengan muslimin melainkan dengan aqad yang sah..bukan kerana aku dulu pimpinan badan dakwah,bukan jua kerana pengawas asrama sekolah..tapi,aku memegang firman ALLAH;janganlah kamu menghampiri zina!',,untuk hampiri pun ditegah,apatah lagi melakukan zina..nauzubillah..lebih baik ,aku menutup terus ruang-ruang ke arah itu..insyaallah,ALLAH maha MENGETAHUI,,dan aku jua takut jika hati aku mencintai seseorang yang tidak halal buat ku..aku tidak mahu merosakkan kesucian hatiku dan maruahku sebgai muslimah,,ya allah,biarlah aku di anggap kuno atau sebagainya,,hanya ENGKAU MAHA MENGETAHUI hati ini..

Tika aku menulis puisi-puisi,lirik-lirik lagu nasyid,,aku terasa bahagia,,aku terasa hatiku berbunga ceria..aku lebih gemar menulis berbanding bercakap secara formal,kerana aku tidak berbakat dalam percakapan..selalunya,aku mencampurkan bahasa bermacam-macam dan selalunya ramai orang tidak faham butir bicara ku malah apa yang aku ingin di sampaikan melainkan dengan orang yang benar-benar rapat denganku..percakapanku akan lancar dan boleh berhujjah dengan mereka..pelik betul....erm,itu lah aku..suatu perkara yang aku sangat-sangat suka buat adalah bernasyid tika hati aku rasa riang,sedih dan rindu..mungkin kerana terpengaruh dengan adik beradik yang bergiat dengan seni muzik nasyid..jadi,aku pun begitu jua,dan mungkin kerana aku selalu menjadi tukang komen,pengkritik tak rasmi mereka..mesti agak pelik bagi seorang muslimat memiliki kemahiran bermain alat muzik seperti kompang,gendang,rebana,key board dan piano kan??nak buat macam mana kan,itulah minat ku suatu ketika dulu,hingga cikgu muzik ketika sekolah rendah dulu benarkan aku bermain alat muzik itu,dan bernasyid..dulu,aku jua,sering mendeklamasikan sajak dan puisi hingga peringkat sekolah-sekolah,..jiwa seni kah aku??wallahua'lam..

Bergiat dalam dunia politik jua,amat mengujakan aku tika di maahad lagi..tapi,masih agak suam-suam hingga aku menjejak kampus..dulu,aku agak boleh dikatakan jumud juga,kurang mengambil tahu tentang dunia luar,kerana duniaku ibarat dunia seorang sufi..(serikandi idola ku dulu adalah rabiatul adawiyyah dan hassan al basri)..tasawwuf,hingga aku cukup berminat menjadi ahli sufi dengan menyertai tareqat..tapi,ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buatku,aku kini bergiat dalam lapangan dakwah bersama masyarakat..Ada seorang syeikh yang amat ku hoRMATI BERKATA'JADILAH SSEORANG SUFI HARAKI'mengislahkan diri dan mengislahkan orang lain jua..memperjuangkan khilafah islamiyyah,menegakkan amar maaruf nahi mungkar..itulah yang terbaik berbanding hanya mengislahkan diri sendiri sahaja'..ya allah,,,terima kasih ya allah..atas jalan yang ENGKAU tetapkan buatku ini..

Aku bersyukur kepadaMU..di sini,aku bertemu mutiara-mutiara cinta yang tidak ternilai,,moga perjalananku ke depan lebih mengajar ku erti kehidupan mujahidah sejati sehari demi hari hingga helaan nafas terakhir..ameen..ya allah..

ya Allah,tika manusia berbicara tentang hati,aku membisik hakikat cintaMU,
tika manusia berbicara tentang cinta,aku memikir tentang rindu kepadaMU,
tika manusia berbicara tentang rindu,aku menunduk malu adakah aku layak mendapat maghfirahMU??

sesungguhnya aku ingin tenggelam dalam zhauq cinta kepadaMU,namun,ENGKAU sering mengujiku dengan cinta fana hingga aku sibuk dengannya kerana nafsu sering menjeratku,aku ingin segera bertemu denganMU dan melupakan diriku di dalam dunia,namun,menyedari dosa-dosa ku terlalu menggunung,masihkah ada keampunan buatku ini,,pertemuan denganMU amat ku dambakan,namun,amal bekalan ku masih tidak ku insafi terlalu sedikit amalanku,bahkan andai ditolak masihkah ada nilaian keikhlasan di dalamnya,masih kah amalan ku itu berbaki untuk aku memandang WajahMU yang AGUNG??..
Oh tuhan,,aku malu,,aku takut andai aku hanyut dalam cinta dunia hingga cintaMU tiada ruang terindah di singgahsana hatiku..tiada kalam yang mampu aku terjemahkan hati ini kerana aku,,,hanya hambaMU yang tersangat berdosa..

wallahua'lam..segalanya bermula dalam hati yang inginkan cinta illahi,,insyaallah..
moga cintaNYA mampu aku reguk walau secicip cuma..ya allah..=)senyuman cintakepadaMU YA ALLAH!!!