Islamic Widget

Saturday, April 2, 2011

HATI YANG BERBEZA~~




Bismillahirrahmanirrahimm....
Ya Allah,Tuhanku,Tuhan sekalian makhluk dan alam serta Tuhan pencipta segala-galanya...
Selawat buat junjungan mulia,rasulullah s.a.w..

Baru-baru ini,aku telah pergi ke suatu jaulah ilmu,'study group' dengan sahabat sekuliyyah dan ramai lagi.Jaulah kali ini amat berbeza dengan sebelum2 ini.

Hari pertama aku di sini,aku seperti bukan aku,entahlah,adakah disebabkan sedih melihat tidak ramai sahabatku yang tidak datang atau kerana pengisian study bersama sahabat2 yang melalaikan aku dengan pelbagai selingan semasa study...astaghfirullahal 'azim..hati ini bertukar rasa menjadi emosi tanpa ku sedari...Ya allah,kenapa dengan hatiku ini??

Sahabat2 aku perasan dengan perubahan sikapku yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini,entahlah,aku sendiri pun tidak mengenali siapakah aku sekarang??

Selesai solat zohor,aku menyendiri di suatu sudut,kembali bertafakkur kepadaNYA,cuba menyelami masalah hati ini,sakitkah 'ia'?luka kah 'ia'?kecewa kah 'ia'?sakaratkah ia?@ hampir mati?ke sudah mati?nauzubillah min zalik.....

Terasa mudah benar hati ini lembut,air mata mengalir laju tanpa ku sedari,alunan surah as-soff,surah al-mukminun & surah al-fussilat,,ku baca dengan terjemahannya...dengan suasana yang sepi tika itu....sungguh aku terasa hilang gelora rasa & sakitnya hati ini...terasa sayu dengan ketenangan bagaikan aku baru melihat dunia...SUBHANALLAH....ALHAMDULILLAH

Pada waktu petang,waktu untuk menghafaz,aku mencari posisi yang agaj menyenangkan bagiku...menghafaz quran seperti bersyarah...bayangkan di hadapan burung merak...tika aku membacakan ayat quran,burung2 itu melihat aku dengan pandangan yang sukar untuk ku mengerti...kalau aku ceritakan kepada sahabat2ku,mesti mereka kata aku ni 'pelik,mamai'~~masyaallah,,,,biarlah,tidak usah aku ceritakan..

Pada malam itu,sambungan study group dan ada meeting organisasi dengan sahabat2 ku yang lain.gerak kerja~~almost everytime n everyday is meeting~~boleh rebah kalau x cukup khasiat iman~~insyaallah!!kuat!!krn syahid matlamatku~~

selesai semua agenda malam itu,aku membuat perjumpaan dengan sahabaku yang merasa pelik dengan perubahanku yang agak drastik pagi tadi...
YA ALLAH,apa aku nak katakan??bukan aku mahu rahsiakan,tapi aku tidak mampu terangkan...jika aku terangkan,mereka selalunya tidak memahami kata2ku,kerana kata mereka,aku terlalu berbahasa,terlalu berkiasan & tidak straight to point~sastera kata mereka~

Er~mereka kata;kebelakangan ini,aku seakan bukan diriku sendiri,aku kelihatan pentingkan diri,mudah dipengaruhi orang lain,suka mengorek rahsia orang,tapi,tidak ceritakan masalah sendiri..perahsia walau ramah~egois sebab jarang sangat melihat aku menangis kerana sahabat??

Terkejut jugak aku dengan pandangan mereka terhadapku,astaghfirullahal'azim..terasa hati ku ni sayu & luluh,,Hanya tuhan yang TAHU,,namun aku seperti biasa,beraksi seperti biasa,ku cuba tolak tepi,rasa sedih di hati...Mereka ingin mengetahui rahsia & masalahku~di hadapan mereka yang ramai,aku terasa seperti pesalah yang bagaikan dijatuhkan hukuman..sejujurnya,untuk ungkapkan kata2 hati,aku bukanlah seorang seorang yang hebat berkata dengan lisan,tapi,aku mampu menuturkan dengan bait2 kata2 dengan tulisan...

Aku seperti lalang?/mudah dipengaruhi??erm,ketahuilah sahabat2 ku,aku punya pendirian ku sendiri,mengapa kalian katakan aku seperti lalang?-,mereka berkata aku menafikan apabila mereka menegur,~aku ingin bertanya;seperti mana yang dikatakan aku mudah dipengaruhi?Adakah kerana aku rapat dengan sseorang,aku dikatakan mudah dipengaruhi?adakah dikatakan jika aku mengikut pandangan orang,aku seperti lalang??YA ALLAH,memang benar kata-kataMU di dalam kitabMU...'janganlah kamu mengatakan kamu beriman,selagi mana kamu tidak diuji'~ujian buatku ini,ya allah~~

Prinsipku,selagi mana apa yang dibuat tidak bertentang dengan islam,mengikut maslahah yang lebih besar & menghindar mafsadah besar,aku boleh terima..malah aku akan tegas jika melanggar apa yang aku pertahankan!!Adakah kerana mereka tidak pernah melihat aku marah,mereka anggap aku seperti itu??haruskah aku bersahabat dengan sahabat dengan perwatakan yang keras?begitukah yang kalian mahukan?-Tidak mengapa,duhai hati..ini ujian dunia,,jangan kau menangis kerana ujian sekecil..bukankah kau seorang yang tegar walau orang melihat kau lemah lembut...sabar-fa sobrun jamill;;;ssesungguhnya allah bersama dengan orang yang sabar~~

faiza 'azamta fatawakkal 'alaLLAH...

Egois??meraka katakan,aku egois sebab suka berhujjah,suka melihat sudut negatif & positif?tidak mahu berkongsi rahsia~tidak mahu meluahkan isi hati yang terpendam kepada mereka~tidak mengapa duhai hati,mungkin itu kelemahan aku yang aku tidak sedar...sungguh aku rasa sayu,tapi,air mataku tidak mampu untuk mengalir kerana kata2 manusia..bukan aku tidak sudi berkongsi rahsia,bukan aku tidak mahu bercerita,bukan aku tidak percaya kepada kalian,bukan aku rasa megah @ rasa egois...tapi,aku malu,aku tidak tahu bagaimana untuk disampaikan..mungkin kerana aku lebih rapat dengan ahli keluarga ku,dan sepupuku berbanding sahabat.,tapi,itu pun aku tidak bercerita soal hatiku & masalahku~aku sangkakan mereka mengenali aku seperti apa..tapi,ternyata sangkaanku meleset..sudah ramai aku bertanya,aku ni macam mana kepada semua sahabat2 ku,tapi,tiada siapa yang mampu memebri jawapan..apa yang mereka katakan adlah,aku ni sukar difahami,sukar dijangka pemikiran & tindakan,umpama 2 watak ~n baru kali ini,,mereka berkata begitu..tpi,sejauh pengamatan aku,manusia ni punya pelbagai topeng,watak yang pelbagai yg syariee untuk masuk bersama masyarakat..

Tidak mengapalah sahabat,aku rasakan sahabat2 ku belum mengenali siapakah aku?hakikatnya,kita semua manusia,milik allah,tiada apa pun milik kita~aku menyimpan rahsia sahabat & prinsipku aku tidak akan menceritakan rahsia itu tanpa hak yang lebih utama keharusannya,apakah aku perlu membuka rahsia itu untuk melepaskan diri aku semata?apakah aku perlu khabarkan pada semua setiap titik2 rahsia yang aku ada semata2 memuaskan hati semua orang??bagaimana dengan kepercayaan yang diletakkan orang2 yang mempercayaiku itu?dicampak di tong sampah,atau dilontar di kawah api??jadi,jika aku membuka aib orang,allah telah katakan,suatu masa akan tersingkap aib kita,,,aku tidak mahu menjadi seorang munafiq~~

cubalah fahamiku,~tapi,aku tetap cuba berlapang dada,mungkin mereka ambil berat tentang aku~aku yang salah,,mereka tidak bersalah~aku yang menyelinap di sebalik ukhuwwah ini dijalin,ibarat melukut di tepi gantang...~tidak mengapa,insyaallah,aku akan belajar untuk ikhlas~
aku akan cuba perbaiki kelemahanku...aku bukanlah inginkan jawatan,pangkat mahupun harta,hatta nama,tpi,aku perlukan jua kesemua itu untuk menggerakkan gerak kerja dakwah,,utk islam,utk ummah,,kerana ALLAH..bukan untuk aku sendiri mhupun keluargaku...jauh sekali....

YA ALLAH,adkah kerana aku tersangat berdosa yang sukar untuk ENGKAU mengampuniku,maka [pelbagai ujian perasaan ENGKAU uji aku ini,sungguh,aku hambaMU yang lemah,aku masih kuatkan kaki ini melangkah kerana MU...ajarilah & bimbinglah aku untuk ikhlas menerima ketetapanMU setelah aku berusaha,doa dan bertawakkal kepadAMU...

NAmun,akau rasa bahagia walu ENGAKU uji aku.kerana di situ,aku terasa dekat denganMU,terasa tenang bersamaMU...hingga dlm mimpiku,aku tringin bertemu denganMU dan rasulMU...namun,ku sedar,siapalah aku,,,ampunilah kami,ya allah..

Buat sahabat2,ana meminta maaf seikhlasnya,insyaallah..jika hubungan ukhuwwah ini terjalin,ana menyakiti hati kalian,maafkan ana,dan ana tidak layak memafkan kalian kerana kalian tiada dosa dengan ana,,telah lama ana lupakan n maafkan...mga allah merahmati perjuangan n teguhkan hati2 kita dengan iman,islam dan ihsan..cintailah allah,nescaya cinta itu akan dibalas olehNYA,namun,ranjaunya prasyarat meraih cintaNYA~~insyaallah

wallahua'lam...=)
wallahua'lam..

SUBHANALLAH~~~~~~~~~~~~