Islamic Widget

Tuesday, December 27, 2011

Pena pejuang anak muda dan veteran


Subhanallah...

Dalam sujud syukur tika tiada bersamaku..melainkan Tuhanku Yang Esa..

Rasanya aku lebih selesa dengan penulisan dalam blog ini..

Mari kita melihat kepada suatu topik yang bersangkut dengan perjalanan hidup kita iaitu 'PERSPEKTIF'..suatu cara atau kaedah sudut pandang ataupun jua seperti penilaian terhadap sesuatu perkara tidak kiralah dalam hal kerja,individu,organisasi.pemilihan cara hidup dan sebagainya..Betapa pun bagaimana persepktif kita kepada sesuatu,usahlah kita terus menghukum dengan hanya bersandarkan persepktif kita semata-mata.Pemikiran yang bergantung kepada persepktif yang baik atau boleh dikatakan 'husnuz zhon' adalah digalakkan,tapi,amat menyedihkan bila yang di praktikkan adalah perspektif yang buruk atau 'su uz zhon' teramat menyedihkan..kesempitan pemikiran adalah akibat daripada jumud nya persepktif dalam personaliti yang menjadikan manusia khususnya pendakwah mahupun pejuang islam terkebelakang dek berbeza entiti pergerakan mahupun khilaf dalam ijtihad masing-masing..Jadi,pengurusan nilai perspektif perlu di nilai dan di 'post mortem'kan secara telus,berfikiran terbuka dan berlapang dada(salamtus sodri),jika nilai-nilai baik ini tidak diterapkan ke dalam jiwa-jiwa muda mahupun veteran dalam memahami kelebihan dan kekurangan pergerakan masing-masing,usah menuding jari anatara satu sama lain jika pergerakan aktivis-aktivis ini kurang mampan perlaksanaan misi dan visi yang hebat di canangkan..

Dalam sejarah Tanah Melayu(malaysia kini),dahulu jua terdapat perbezaan kaedah dan pola pemikiran generasi yang berbeza iaitu kaum muda dan kaum tua dalam menggerakkan jentera aktiviti-aktivi ke dalam politik,dakwah,perkauman,sosial,ekonomi dan sebagainya..Bagi anak muda yang seperti aku ni,aku makin cuba memahami mengapakah orang tua seringa mengatakan kepada kita 'darah muda besa lah'.,atau 'jangan ikut kan sangat darah muda yang hangat atau panas'??ermm,kata-kata yang mereka tujukan kepada kita adakah mereka dulu pun begitu?atau sekadar menyekat atau menyabarkan hati dan pergerakan anak-anak muda seperti kita??jika ikutkan hati yang agak terbakar dengan sindiran dan perlian,atau postifkan diri,mungkin nasihat yang baik,,inshaallah,,perlu kita ambil iktibar bersama-sama jua..bagi anak-anak muda,orang-orang tua atau veteran seeloknya tidak terus menyekat anak-anak muda ini dengan tindakan dengan tidak wajar lantas menenggelamkan kekreatifan minda anak muda,sebaliknya,hendaklah diberikan peluang kepada anak muda ini memandu corak perjalanan hidup mereka dengan bimbingan secara 'remote control' atau melihat daripada jauh dan memberi tunjuk ajar dengan hikmah agar tidak tersasar,bukan terus menghukum dan memainkan peranan masuk campur tanpa penjelasan atau boleh di istilahkan jua ibarat 'queen control' dalam mengadaptasikan anak muda MESTI menjadi apa yang mgolongan vetern inginkan..

Walaupun begitu,anak muda harus bertoleransi dan menghormati veteran kerana pengalaman dan ilmu yang di miliki mereka,bahkan menghormati orang yang lebih tua,lebih memahami asam garam kehidupan yang agak alam.anak muda jua harus faham,terkadang mungkin ada benar,dan ada silapnya pandangan veteran ini,tapi,itu biasalah,mana ada manusia di dunia ini yang sempurna kan??begitu jua golongan tua atau veteran..jadi,isu khilaf perspektif atau pendirian mahupun pergerakan golongan anak muda dan golongan orang tua atau veteran tidak harus membuatkan pergerakan dakwah islam menjadi tumpul bisa nya,hilang kesatuannya,dan rosak fikrah islamnya dek saling melabel 'anak muda tidak betul!','veteran tidak betul!',dengan pelbagai istilah seperti terlalu jumud,sempit,agresif,mandom dan sebagainya..

Pandangan aku yang kerdil ini,apa salahnya kita terus memainkan peranan kita mengikut posisi masing-masing dan saling mengamalkan keterbukaan dan berlapang dada dalam wadah dakwah yang kita pilih untuk jejakinya..jika kita terasa susah,inilah dikatakan PERJUANGAN!!usah berjuang jika tidak sanggup susah,dan tidak layak digelar sebagai PEjuang jika tidak sanggup bersusah..bukan kah kita selalu mendengar 'Susah itu Tarbiyyah??dan bukankah dengan susah nya hidup dalam perjuangan mampu mematangkan fikiran dan tahap personiliti kita dalam mengurus emosi,mental dan fizikal kita dalam mendepani masa hadapan?Tarbiyyah itu pendidikan yang dapat mengajar kita kita dalam me'makna'kan perjuangan kan??

Sabar Itu indah??ya!indah jika kita mampu mengenal jalan ini bukan hanya terkedepan,tapi,seringkali boleh jadi kita akan keterbelakang tanpa kita sedari..bak kata pepatah;'kehidupan manusia ini ibarat roda yang berputar,terkadang di atas dan terkdang di bawah'..jadi?pilihlah jalan hidup kita dan jalanilah dengan positif,ambil 'ibrah dalam setiap urusan hidup tidak kira lah susah mahupun senang,derita,kecewa mahupun bahagia..dan andai terjatuh sekali dalam laluan ini,bangkit kembali,kerana bukan kah kita anak muda yang tahan lasak??yang tidak gentar dengan dunia ini kerana kita lebih takutkan Allah?dan sunnah rasulullah s.a.w kita mahu soroti jalan baginda sebaik mungkin...maka,sorotilah dengan peribadi unggul sepertimana Baginda s..a.w yang kita rindui..

Anak muda,kita generasi pemimpin masa depan,dan ingatlah kita tidak boleh berlebihan dan berkurangan dalam sesuatu,,maka bersederhanlah,kerana ia lebih baik..membina waqie' islam yang kita inginkan memang cita-cita pejuang islam,tapi,haruslah dengan hikmah dan terkadang kita terpaksa mengikhlaskan hati serta melapangkan diri untuk menerima sesuatu keputusan,bukan kerana kita gentar,bimbang di 'black list' oleh pihak=pihak tidak sependapat,tetapi,kerana kita kena jelas dengan misi dan visi yang lebih jauh..mengikut waqie; walau kita tidak rela,hati seakan tawar,tapi,ingat,perjuangan memartabatkan islam bukan mainan,yang boleh kita tinggalkan semudah itu saja jika kita tidak suka mahupun tidak sanggup,tetapi,KITA MESTI jua teguh bergerak demi masa depan ISLAM yang cerah..dan percaya lah,moga berkat kesabaran,doa dan tawakal kepada Allah setelah kita berusaha,moga Allah mentakdirkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan ummah dan Agama Islam kita ini ke arah khilafah islamiyyah,,ameenn,,inshaallah..

sebelum aku meninggalkan tinta ku yang kerdil ini,inginku tinggalkan suatu ayat daripda firman Allah yang dapat kita renungkan bersama-sama walaupun ayat yang pendek..ssungguhnya Allah Maha Bijaksana,semuanya telah ada di dalam KALAMNYA..

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

marilah kita bersama sama memburu syahid fi sabilillah,,

'sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan allah dalam barisan yang teratur,seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.'


wallahua'lam,,sekian saja

~pena zikrullah,zikr Q Ann~

Saturday, December 24, 2011

Cerpen sahabat cinta


Subhanallah,wal hamdulillah..

Tika menyoroti masa yang lalu,mengimbau memori semalam yang gerimis,hati itu sangat pedih,saat itu jua air mata tidak mahu bertoleransi dengan mata yang sedang cuba menahan empangan tangisan mengalir jernih.Nur hanya mampu menyeka dengan pantas air mata yang mengalir di pipi,tanpa sesiapa menyedari sebenarnya hatonya sangat-sangat terluka..tika tiba-tiba temannya menyapa dari belakang kerusi yang di dudukinya;

Nas;assalamualaikum,ya ukhti habibati..tengah dok buat apa sorang-sorang kat sini?
teringat kekasih hati ka??hehe..(dengan senyuman yang manis dihadiahkan
kepadaku..)

Nur turut menghadiahkan kembali senyuman,sambil memakai semula cermin matanya untuk menutup kesan riak matanya yang baru lepas menangis..kononnya,tunjuk tabah kan..hihi

Nur:owh,waalaikumus salam,ya sahabatku..alhamdulillah,saja ja kat sini..besa lah,masa
ni lah boleh layan perasaan sikit.sambil mensyukuri nikmat allah..bukan selalu
dapat peluang macam ni kan..bersantai-santai dalam rindu-rinduan..memang teringat
kat kekasih pun..tau tak sapa??.(sambil mengenyitkan mata yang nakal kepada
temannya..)

Nas;eishh,biar betul,sejak bila enti ni ada kekasih hati ekk?ana melawak saja
pun..cer cite sapa..kata sahabat sejati dunia akhirat,,tak puas hati ni tau..
(mula lah mulurnya panjang sedepa,bila lihat muka temannya yang lucu,beransur-
ansur hilang rasa sakit di hatinya..)

Nur:amboi,pantang kalau ana masuk bab ni,mula lah nak merajuk,sabar
lah,sebenarnya,dia ni sangat special tau,ana pun susah nak gambarkan dia itu
macamna,sangat sempurna dalam mata dan hati ana,tak ada siapa boleh lawan
kesempurnaannya.tapi,dia terlalu dicintai ramai pendamba nya yang setia,pendamba
cinta dia itu sanggup mati untuk dapatkan cinta dia,apatah lagi untuk bersama
dengannya.ana ni,hanya insan biasa,bak orang selalu kata;melukut di tepi
gantang,,sapa pun tak pandang..apatah lagi dia yang sanagt sempurna..cinta ana
tak seagung cinta pendamba cintanya yang lain kepada dia(sambil menunduk ke bawah
menahan tangisan..)

Nas;yi ye ke?hebat jugak yer kuasa cinta kekasih enti kepada orang lain sampai
sanggup mati untuk dia..Nur,lebih baik enti bagitau ana siapa dia itu,mana tahu
ana boleh jadi 'spy' enti ka,tak pun,ana boleh tolong 'matching' kan enti dengan
dia..ana pun nak tahu betapa hebat dan 'perfect' sangat kekasih enti itu??(Nas
membuat lagak selamber nya seperti 'detektif conan'..macam hebat jer dia ni
yer..)hahhh...apa nama dia dan butir-butir peribadinya??

Nur;ermm,tak apa lah Nas,enti kenal dia,dan ana rasa enti dah salah faham dengan
pengertian ana ni..enti tak faham..

Nas;Apa yang ana tak fahamnya??perkara macam ni bukan boleh main-main,melibatkan hati
dan perasaan,ana boleh tolong enti..jangan lah malu dengan ana..inshaallah,enti
kan sahabat ana dunia hingga akhirat..sapa dia?

Nur:dia..dia..dia..dia itu...(sambil berkira-kira mahu memberitahu temannya..)

Nas;dia,,dia,,dia..dia apa?dia itu sapa??(berubah terus mukanya menjadi kemerah-
menahan menahan rasa tidak puas hati..)

Nur:DIA,,DIA itu Tuhan kita semua..ALLAH!!enti pun tahu kan,perasaan ana ni
macammana,,kenapa enti selalu buat-buat tak faham?ana tak ada msa nak fikir bab
hati dan perasaan dengan manusia lain sedangkan hati ana ni kenapa susah sangat
nak mencintai allah sepenuhnya?enti pun tahu kan,ana ni cuba untuk menjadi
pencintaNYA yang terbaik,tapi,ana..ana..ana ni manusia biasa yang seprti orang
lain juga kadang-kadang kalah dengan nafsu cintakan dunia dan
kesenangan,,sampaikan ana rasa,nak saja terus bertemu dengan DIA,tak sanggup dah
nak buat lagi banyak dosa,,cinta fana menyakitkan,tapi,cintaNYA membuatkan hati
ini bahagia,tapi,nafsu tak pernah mengenal erti putus asa kepada cinta yang belum
kuat macam cinta jiwa ini kepada DIA,,Nas,,enti faham tak..??(kata-kata yang agak
perlahan diselangi esakan yang dalam..bagaikan penuturnya mentafsirkan rangkuman
kata-katanya dari lubuk jiwa yang derita cinta..atau rindu..atau seoarng
pendosa..)

Nas;(terkelu untuk membalas kata-kata temannya,Nur..namun,kembali,beristighfar,dan
menenangkan dirinya untuk menyusun kata-kata buat sahabat yang disayanginya)

Nur,seindah namamu,nur zikra..cahaya peringatan,,benar kata-kata enti,dan bersabarlah dengan hati enti..seharusnya,enti bersyukur kerana Allah menyayangi enti dengan mencampakkan rasa keinsafan dan inginkan cintaNYA yang agung,walaupun bukan semua manusia bahkan hambaNYA,mengerti hidup bertuhan dan ikhlas mencintaiNYA..betapa ramai yang menuturkan cinta kepada yang tidak halal,yang kebanyakannya hanyut dengan cinta manusia apatah lagi dunia yang sementara ini..pernahkah enti dengar;antara golongan yang dinaungi Allah tika hari kebangkitan antaranya golongan yang menitiskan air matanya mengenangkan dan mengingati allah dek dosa-dosanya yang lalu dan yang mencintaiNYA??ana tahu,enti lebih alim tentang ini daripada ana sendiri,,jadi,pesan ana buat diri ana sendiri dan enti,terus istiqamah dan dekatkan diri dengan DIA,dan jika benar enti cintakan DIA,maka,telusurilah jalanNYA dan jua jalan kekasihNYA,rasulullah s.a.w,gapailah mardhatillah dengan amalan-amalan amar maaruf nahi mungkar,dan belajarlah erti ikhlas,tadhiyyah,sabar dan redha dengan jalan perjuangan ini,,ingat,Nur Zikra,cinta Allah tidak pernah menghilang,,ingat tak lagu yang kita suka nyanyikan bersama-sama??..(dengan lembut,nas mengusap halus air mata sahabatnya itu dan tersenyum mesra,namunm,di dalam anak matanya,matanya seakan berkaca-kaca menahan sebak..)

Nur;ya,sahabat..ana mengerti..lagu maher zain kan..'He's always be
there',right.ermm,.terima kasih sahabat..mog kita sama-sama istiqamah dalam jalan
juang ini ya..ana bersyukur memiliki teman sejati seperti enti yang memahami
ana,dan selalu beri peringatan kepada ana..ana sayangkan enti kerana Allah,..

(mengesat air mata sambil tersenyum seindah suria yang mekar kembali..bagai kan seindah mentari ukhuwwah fillah dalam perjuangan islam ini..)

Nas;inshaallah,,ana jua sayangkan enti kerana allah,,kalau enti ada masalah kongsilah
dengan ana sama,ana pun akan buat macam itu jua,boleh ya..dah,,dah..sekarang
ni,jom kita pakat-pakat pi solat kat surau kampus kita,dah nak masuk waktu maghrib
dah sekarang ni..bolehlah kita..???

Nur':..berdating dengan Allah,kan..??!!baik..jom lah,,kita bertemu dengan
allah..rindu sangat hati ini..

Kedua-dua sahabat ini berpimpin tangan sambil melangkah ke surau kampus mereka,dan terlihat senyuman yang indah tergambar di wajah masing-masing..subhanallah,indahnya..ini lah ukhuwwah fillah..

'bila melihat wajahnya,,teringatkan allah..bila melihat amalnya,teringatkan amalan kita yang sedikit kepada allah,bila mendengar bicaranya,mengembalikan hati kita untuk mengingati allah,dan saling berpesan=pesan ke arah kebaikan serta mencegah kemungkaran..'

wallahua'lam..

p/s;kisah pendek ini hanyalah rekaan dan imaginasi penulis sahaja..mungkin ada sedikit unsur-unsur pengalaman diri atau orang lain juga,,apa-apa pun,ambillah yang mana baik,dan yang kurang baik itu,jadikan sebgai iktibar kita bersama..

salam sekencang ukhuwwah fillah,seerat mahabbah ilallah!!

Wednesday, December 21, 2011

Diari hidup~

salam mahabbah fillah,,
ya allah,di keheningan malam ini,aku kembali bertafakkur kepadaMU,meneguk lautan rahmatMU membenarkan aku bernafas di muka bumiMU ini..kenangan lalu terimbau di ingatan..tika aku jatuh tersungkur,tika tiada siapa yang mempercayaiku,tika aku berendam air mata sendirian menanggung penderitaan yang amat ku takuti..

Tika itu,terasa dunia ini kelam,laluan ke depan ku terasa berliku,jauh untuk ku daki..tiada tangan-tangan menghulur dengan senyuman,,aku hampa dan kecewa..saat itu,aku makin akrab denganMU,aku makin bahagia berbicara denganMU dalam tangisan,hingga aku tidak gemar berkata-kata dengan lisan sesama manusia..namun,ENGKAU MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG,,di saat itu,ENGKAU titipkan hati-hati yang ikhlas menghulur kasih sayang kerana ALLAH,,saat berjanji setia dalam perjuangan agamaMU,membuatkan aku ingin menjadi tegar dengan jalan hidupku..

Ketakutanku selama ini telah ENGKAU uji bertalu-talu dalam masa yang sama,hingga saat aku ketawa riang,setelah itu,EnGKAU aturkan buatku untuk menangis kesedihan..aku tahu,aku makin lalai dengan kesenangan dunia..fitnah dunia melalaikan aku,,aku benar-benar takut untuk menghadapi masa hadapan,tapi,aku tetap memberanikan diri menghadapinya..abang ku pernah berkata'seorang pejuang kena menghadapi,bukan berpeluk tubuh atau bersembunyi di dalam selimut,itu bukan perjuangan,tapi,persembunyian seorang pengecut!!'ya,aku memang seorang yang agak pemalu dan agak gentar kenyataannya,tapi,aku boleh menjadi seorang yang lebih berani tika aku tidak takut dengan apa-apa pun kecuali tuhanku bila aku di tekan..

Dalam berukhuwwah dan bersahabat,kenyataannya,segalanya banyak bermula di kampus ku,di sinilah aku mengenal sahabat2 sejati,mengenal bumi barokah,dan gerka kerja berkumpulan,,,Sejujurnya,aku tidak pernah berkawan dengan muslimin sejak di pasti,sek,rendah,hingga sek ,menengah.melainkan adik beradik lelaki ku dan sepupu2 lelaki ku..walaupun aku bersekolah campur..entahlah,rasanya bagiku tidak ada keperluan ke arah itu..kerana bagiku dunia antara aku dan mereka berbeza..mungk8n kerana itu jua,ada kalanya,aku menghadapi masalah komunikasi antara muslimin di kampus ku,,dalam melakukan gerak kerja berpersatuan..jujur aku katakan,aku tidak pandai berukhuwwah dengan mereka,,bagiku,aku berukhuwwah dalam gerak kerja,dan kurang gemar mahu masuk hal perasaan atau peribadi melainkan sedikit2 saja,kerana itu bukan aku..kerana aku..dulu,di sekolah agama ku,malah hingga kini prinsip yang masih ku pegang kerana ALLAH,aku tidak akan berkawan atau bercouple dengan muslimin melainkan dengan aqad yang sah..bukan kerana aku dulu pimpinan badan dakwah,bukan jua kerana pengawas asrama sekolah..tapi,aku memegang firman ALLAH;janganlah kamu menghampiri zina!',,untuk hampiri pun ditegah,apatah lagi melakukan zina..nauzubillah..lebih baik ,aku menutup terus ruang-ruang ke arah itu..insyaallah,ALLAH maha MENGETAHUI,,dan aku jua takut jika hati aku mencintai seseorang yang tidak halal buat ku..aku tidak mahu merosakkan kesucian hatiku dan maruahku sebgai muslimah,,ya allah,biarlah aku di anggap kuno atau sebagainya,,hanya ENGKAU MAHA MENGETAHUI hati ini..

Tika aku menulis puisi-puisi,lirik-lirik lagu nasyid,,aku terasa bahagia,,aku terasa hatiku berbunga ceria..aku lebih gemar menulis berbanding bercakap secara formal,kerana aku tidak berbakat dalam percakapan..selalunya,aku mencampurkan bahasa bermacam-macam dan selalunya ramai orang tidak faham butir bicara ku malah apa yang aku ingin di sampaikan melainkan dengan orang yang benar-benar rapat denganku..percakapanku akan lancar dan boleh berhujjah dengan mereka..pelik betul....erm,itu lah aku..suatu perkara yang aku sangat-sangat suka buat adalah bernasyid tika hati aku rasa riang,sedih dan rindu..mungkin kerana terpengaruh dengan adik beradik yang bergiat dengan seni muzik nasyid..jadi,aku pun begitu jua,dan mungkin kerana aku selalu menjadi tukang komen,pengkritik tak rasmi mereka..mesti agak pelik bagi seorang muslimat memiliki kemahiran bermain alat muzik seperti kompang,gendang,rebana,key board dan piano kan??nak buat macam mana kan,itulah minat ku suatu ketika dulu,hingga cikgu muzik ketika sekolah rendah dulu benarkan aku bermain alat muzik itu,dan bernasyid..dulu,aku jua,sering mendeklamasikan sajak dan puisi hingga peringkat sekolah-sekolah,..jiwa seni kah aku??wallahua'lam..

Bergiat dalam dunia politik jua,amat mengujakan aku tika di maahad lagi..tapi,masih agak suam-suam hingga aku menjejak kampus..dulu,aku agak boleh dikatakan jumud juga,kurang mengambil tahu tentang dunia luar,kerana duniaku ibarat dunia seorang sufi..(serikandi idola ku dulu adalah rabiatul adawiyyah dan hassan al basri)..tasawwuf,hingga aku cukup berminat menjadi ahli sufi dengan menyertai tareqat..tapi,ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buatku,aku kini bergiat dalam lapangan dakwah bersama masyarakat..Ada seorang syeikh yang amat ku hoRMATI BERKATA'JADILAH SSEORANG SUFI HARAKI'mengislahkan diri dan mengislahkan orang lain jua..memperjuangkan khilafah islamiyyah,menegakkan amar maaruf nahi mungkar..itulah yang terbaik berbanding hanya mengislahkan diri sendiri sahaja'..ya allah,,,terima kasih ya allah..atas jalan yang ENGKAU tetapkan buatku ini..

Aku bersyukur kepadaMU..di sini,aku bertemu mutiara-mutiara cinta yang tidak ternilai,,moga perjalananku ke depan lebih mengajar ku erti kehidupan mujahidah sejati sehari demi hari hingga helaan nafas terakhir..ameen..ya allah..

ya Allah,tika manusia berbicara tentang hati,aku membisik hakikat cintaMU,
tika manusia berbicara tentang cinta,aku memikir tentang rindu kepadaMU,
tika manusia berbicara tentang rindu,aku menunduk malu adakah aku layak mendapat maghfirahMU??

sesungguhnya aku ingin tenggelam dalam zhauq cinta kepadaMU,namun,ENGKAU sering mengujiku dengan cinta fana hingga aku sibuk dengannya kerana nafsu sering menjeratku,aku ingin segera bertemu denganMU dan melupakan diriku di dalam dunia,namun,menyedari dosa-dosa ku terlalu menggunung,masihkah ada keampunan buatku ini,,pertemuan denganMU amat ku dambakan,namun,amal bekalan ku masih tidak ku insafi terlalu sedikit amalanku,bahkan andai ditolak masihkah ada nilaian keikhlasan di dalamnya,masih kah amalan ku itu berbaki untuk aku memandang WajahMU yang AGUNG??..
Oh tuhan,,aku malu,,aku takut andai aku hanyut dalam cinta dunia hingga cintaMU tiada ruang terindah di singgahsana hatiku..tiada kalam yang mampu aku terjemahkan hati ini kerana aku,,,hanya hambaMU yang tersangat berdosa..

wallahua'lam..segalanya bermula dalam hati yang inginkan cinta illahi,,insyaallah..
moga cintaNYA mampu aku reguk walau secicip cuma..ya allah..=)senyuman cintakepadaMU YA ALLAH!!!

Saturday, April 2, 2011

HATI YANG BERBEZA~~




Bismillahirrahmanirrahimm....
Ya Allah,Tuhanku,Tuhan sekalian makhluk dan alam serta Tuhan pencipta segala-galanya...
Selawat buat junjungan mulia,rasulullah s.a.w..

Baru-baru ini,aku telah pergi ke suatu jaulah ilmu,'study group' dengan sahabat sekuliyyah dan ramai lagi.Jaulah kali ini amat berbeza dengan sebelum2 ini.

Hari pertama aku di sini,aku seperti bukan aku,entahlah,adakah disebabkan sedih melihat tidak ramai sahabatku yang tidak datang atau kerana pengisian study bersama sahabat2 yang melalaikan aku dengan pelbagai selingan semasa study...astaghfirullahal 'azim..hati ini bertukar rasa menjadi emosi tanpa ku sedari...Ya allah,kenapa dengan hatiku ini??

Sahabat2 aku perasan dengan perubahan sikapku yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini,entahlah,aku sendiri pun tidak mengenali siapakah aku sekarang??

Selesai solat zohor,aku menyendiri di suatu sudut,kembali bertafakkur kepadaNYA,cuba menyelami masalah hati ini,sakitkah 'ia'?luka kah 'ia'?kecewa kah 'ia'?sakaratkah ia?@ hampir mati?ke sudah mati?nauzubillah min zalik.....

Terasa mudah benar hati ini lembut,air mata mengalir laju tanpa ku sedari,alunan surah as-soff,surah al-mukminun & surah al-fussilat,,ku baca dengan terjemahannya...dengan suasana yang sepi tika itu....sungguh aku terasa hilang gelora rasa & sakitnya hati ini...terasa sayu dengan ketenangan bagaikan aku baru melihat dunia...SUBHANALLAH....ALHAMDULILLAH

Pada waktu petang,waktu untuk menghafaz,aku mencari posisi yang agaj menyenangkan bagiku...menghafaz quran seperti bersyarah...bayangkan di hadapan burung merak...tika aku membacakan ayat quran,burung2 itu melihat aku dengan pandangan yang sukar untuk ku mengerti...kalau aku ceritakan kepada sahabat2ku,mesti mereka kata aku ni 'pelik,mamai'~~masyaallah,,,,biarlah,tidak usah aku ceritakan..

Pada malam itu,sambungan study group dan ada meeting organisasi dengan sahabat2 ku yang lain.gerak kerja~~almost everytime n everyday is meeting~~boleh rebah kalau x cukup khasiat iman~~insyaallah!!kuat!!krn syahid matlamatku~~

selesai semua agenda malam itu,aku membuat perjumpaan dengan sahabaku yang merasa pelik dengan perubahanku yang agak drastik pagi tadi...
YA ALLAH,apa aku nak katakan??bukan aku mahu rahsiakan,tapi aku tidak mampu terangkan...jika aku terangkan,mereka selalunya tidak memahami kata2ku,kerana kata mereka,aku terlalu berbahasa,terlalu berkiasan & tidak straight to point~sastera kata mereka~

Er~mereka kata;kebelakangan ini,aku seakan bukan diriku sendiri,aku kelihatan pentingkan diri,mudah dipengaruhi orang lain,suka mengorek rahsia orang,tapi,tidak ceritakan masalah sendiri..perahsia walau ramah~egois sebab jarang sangat melihat aku menangis kerana sahabat??

Terkejut jugak aku dengan pandangan mereka terhadapku,astaghfirullahal'azim..terasa hati ku ni sayu & luluh,,Hanya tuhan yang TAHU,,namun aku seperti biasa,beraksi seperti biasa,ku cuba tolak tepi,rasa sedih di hati...Mereka ingin mengetahui rahsia & masalahku~di hadapan mereka yang ramai,aku terasa seperti pesalah yang bagaikan dijatuhkan hukuman..sejujurnya,untuk ungkapkan kata2 hati,aku bukanlah seorang seorang yang hebat berkata dengan lisan,tapi,aku mampu menuturkan dengan bait2 kata2 dengan tulisan...

Aku seperti lalang?/mudah dipengaruhi??erm,ketahuilah sahabat2 ku,aku punya pendirian ku sendiri,mengapa kalian katakan aku seperti lalang?-,mereka berkata aku menafikan apabila mereka menegur,~aku ingin bertanya;seperti mana yang dikatakan aku mudah dipengaruhi?Adakah kerana aku rapat dengan sseorang,aku dikatakan mudah dipengaruhi?adakah dikatakan jika aku mengikut pandangan orang,aku seperti lalang??YA ALLAH,memang benar kata-kataMU di dalam kitabMU...'janganlah kamu mengatakan kamu beriman,selagi mana kamu tidak diuji'~ujian buatku ini,ya allah~~

Prinsipku,selagi mana apa yang dibuat tidak bertentang dengan islam,mengikut maslahah yang lebih besar & menghindar mafsadah besar,aku boleh terima..malah aku akan tegas jika melanggar apa yang aku pertahankan!!Adakah kerana mereka tidak pernah melihat aku marah,mereka anggap aku seperti itu??haruskah aku bersahabat dengan sahabat dengan perwatakan yang keras?begitukah yang kalian mahukan?-Tidak mengapa,duhai hati..ini ujian dunia,,jangan kau menangis kerana ujian sekecil..bukankah kau seorang yang tegar walau orang melihat kau lemah lembut...sabar-fa sobrun jamill;;;ssesungguhnya allah bersama dengan orang yang sabar~~

faiza 'azamta fatawakkal 'alaLLAH...

Egois??meraka katakan,aku egois sebab suka berhujjah,suka melihat sudut negatif & positif?tidak mahu berkongsi rahsia~tidak mahu meluahkan isi hati yang terpendam kepada mereka~tidak mengapa duhai hati,mungkin itu kelemahan aku yang aku tidak sedar...sungguh aku rasa sayu,tapi,air mataku tidak mampu untuk mengalir kerana kata2 manusia..bukan aku tidak sudi berkongsi rahsia,bukan aku tidak mahu bercerita,bukan aku tidak percaya kepada kalian,bukan aku rasa megah @ rasa egois...tapi,aku malu,aku tidak tahu bagaimana untuk disampaikan..mungkin kerana aku lebih rapat dengan ahli keluarga ku,dan sepupuku berbanding sahabat.,tapi,itu pun aku tidak bercerita soal hatiku & masalahku~aku sangkakan mereka mengenali aku seperti apa..tapi,ternyata sangkaanku meleset..sudah ramai aku bertanya,aku ni macam mana kepada semua sahabat2 ku,tapi,tiada siapa yang mampu memebri jawapan..apa yang mereka katakan adlah,aku ni sukar difahami,sukar dijangka pemikiran & tindakan,umpama 2 watak ~n baru kali ini,,mereka berkata begitu..tpi,sejauh pengamatan aku,manusia ni punya pelbagai topeng,watak yang pelbagai yg syariee untuk masuk bersama masyarakat..

Tidak mengapalah sahabat,aku rasakan sahabat2 ku belum mengenali siapakah aku?hakikatnya,kita semua manusia,milik allah,tiada apa pun milik kita~aku menyimpan rahsia sahabat & prinsipku aku tidak akan menceritakan rahsia itu tanpa hak yang lebih utama keharusannya,apakah aku perlu membuka rahsia itu untuk melepaskan diri aku semata?apakah aku perlu khabarkan pada semua setiap titik2 rahsia yang aku ada semata2 memuaskan hati semua orang??bagaimana dengan kepercayaan yang diletakkan orang2 yang mempercayaiku itu?dicampak di tong sampah,atau dilontar di kawah api??jadi,jika aku membuka aib orang,allah telah katakan,suatu masa akan tersingkap aib kita,,,aku tidak mahu menjadi seorang munafiq~~

cubalah fahamiku,~tapi,aku tetap cuba berlapang dada,mungkin mereka ambil berat tentang aku~aku yang salah,,mereka tidak bersalah~aku yang menyelinap di sebalik ukhuwwah ini dijalin,ibarat melukut di tepi gantang...~tidak mengapa,insyaallah,aku akan belajar untuk ikhlas~
aku akan cuba perbaiki kelemahanku...aku bukanlah inginkan jawatan,pangkat mahupun harta,hatta nama,tpi,aku perlukan jua kesemua itu untuk menggerakkan gerak kerja dakwah,,utk islam,utk ummah,,kerana ALLAH..bukan untuk aku sendiri mhupun keluargaku...jauh sekali....

YA ALLAH,adkah kerana aku tersangat berdosa yang sukar untuk ENGKAU mengampuniku,maka [pelbagai ujian perasaan ENGKAU uji aku ini,sungguh,aku hambaMU yang lemah,aku masih kuatkan kaki ini melangkah kerana MU...ajarilah & bimbinglah aku untuk ikhlas menerima ketetapanMU setelah aku berusaha,doa dan bertawakkal kepadAMU...

NAmun,akau rasa bahagia walu ENGAKU uji aku.kerana di situ,aku terasa dekat denganMU,terasa tenang bersamaMU...hingga dlm mimpiku,aku tringin bertemu denganMU dan rasulMU...namun,ku sedar,siapalah aku,,,ampunilah kami,ya allah..

Buat sahabat2,ana meminta maaf seikhlasnya,insyaallah..jika hubungan ukhuwwah ini terjalin,ana menyakiti hati kalian,maafkan ana,dan ana tidak layak memafkan kalian kerana kalian tiada dosa dengan ana,,telah lama ana lupakan n maafkan...mga allah merahmati perjuangan n teguhkan hati2 kita dengan iman,islam dan ihsan..cintailah allah,nescaya cinta itu akan dibalas olehNYA,namun,ranjaunya prasyarat meraih cintaNYA~~insyaallah

wallahua'lam...=)
wallahua'lam..

SUBHANALLAH~~~~~~~~~~~~


Thursday, March 31, 2011

TAKLIFAT HIDUP~


Dengan Nama Allah Yang Maha PEngasih Lagi Maha Penyayang....
KekasihNYA Rasulullah s.a.w,junjungan mulia...

Sepanjang minggu ini,aku belajar cuba memahami pendekatan makna hidup dalam berjuang~
Sejak bermula alam persekolahan,diri ini ditaklifkan dengan tanggungjawab hingga tidak tertanggung lagi,tapi,itulah namanya perjuangan menegakkan islam..tapi,terasa aku tidak berbuat apa2 ketika memegang taklifat itu...sungguh aku telah menzalimi diri ini..
makin meningkat ke alam kampus,niatku ingin mengisi hati ini dengan ilmu,iman & amal.
Terasa aku tidak mahu memegang apa2 taklifat di kampus,kerana bagiku aku bukanlah orang yang kemampuan berbanding mereka yang lebih hebat daripada pelbagai segi..itulah aku..menjadi seorang sufi mendamba cinta kepada allah..namun,di sini aku berubah,menjadi seorang yang bersifat kurang bergaul dengan orang ramai kepada peramah dengan orang ramai,terutama muslimat.Namun agak susah untuk aku ramah dengan muslimin kerana bagiku batas-batas peragaulan dalam agama wajib dijaga hatta dalam perjuangan.kerana kita ingin memperjuangkan islam,jadi,tegakkan islam dalam diri dan hati,barulah islam akan tertegak di bumi ini..insyaallah~jadi,sudah menjadi kelaziman bagiku,digelar 'sombong,berlagak,pulon,perasan,' dan sebagainya di kalangan muslimin.Terpulang kepada manusia menilai aku bagaimana,kerana pandangan Allah lebih utama bagiku.

Jika aku berubah hanya kerana kata2 mereka,sedangkan aku ingin menjaga hatiku dan hati manusia lain agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.amat zalimlah aku pada diri ini.hilanglah prinsip diri yang ku genggam kemas di dalam diri....seringkali diuji dengan perasaan,tapi,kesibukan memikirkan permasalahan ummah,fikir masa depan dlm perjuangan,keluarga dan sebagainya adalah kebahagianku,Jadi,tertanya sendiri,mengapa manusia kata;mereka kesunyian?sedangkan kita ada ALLAH,al-quran,keluarga,sahabat2~

kembali meresap jauh ke dalam hati masyarakat,ummah kini amat tenat!!!mengapa aku masih berlenggah!kenapa aku sering cuba lari daripada tanggungjawab??Ya ALLAH,berdosanya aku~~

renungan saat sedih,buntu,kecewa,ingin pergi drp semua ini...:

KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "

(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

(Surah Yusuf ayat 12)




KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "

(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

(Surah Yusuf ayat 12)


Alhamdulillah,kini aku kembali mencari makrifat diri yang kian tenggelam kerana lekanya aku dengan pengislahan diriki semata-mata.Perjuangan itu memerlukan tadhiyyah,pengorbanan~HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!!!!!!!!!!ALLAHUAKBAR!!!


YA ALLAH,ajarilah kami sentiasa ber'husnuz zhon denganMU'jadikanlah kami mukmin yang mencintaiMU lebih daripada segala-galanya...

walaupun kami bukanlah layak untuk menagih cintaMU YANG AGUNG,namun untuk kami putus asa meraih cintaMU takkan sesekali kami biarkan ia hilang di lautan dosa2 yang menggunung~~kami akan terus menerus bertaubat kepadaMU...terimalah taubat kami YA ALLAH...


Tuesday, March 15, 2011


subhanallah...Ya Allah...jika aku jatuh cinta,labuhkanlah cintaku ini kepadanya kerana cintaku kepadaMU...

Tetapkanlah hati ini dan hatinya dalam perjuangan islam,mencintai syahid,menjulang islam di muka bumi ini...

Biar siapapun dia yang tercipta berpasangan denganku,pintaku...perelokkan agamanya dan agamaku dengan ikatan suci itu kelak...teguhkanlah hatiku dan diriku dalam memberi ketaatan kepadanya sebagai bukti pengabdianku kepada MU,YA ALLAh,dimana aku menghormatinya sebgai pendamping hidupku hingga ke syurga,,,insyaallahhh...

sesungguhnya diri ini tidak tahu bagaimana rasa cinta manusia dalam berpasangan,harapanku agar dirinya menerimaku seadanya...bukanlah kesegakan rupa ku inginkan,bukanlah limpahan harta yang ku inginkan,bukanlah ketinggian darjat yang ku inginku,cukuplah bagiku bersederhanalah...yang utamanya,dia mampu membimbingku agar terus mencintaiMU,YA allah,,,

Namun,jika aku tidak punya pendamping di duni ini kerana aku memegang tali agamaMU seeratnya,ku yakin akan ada jodohku di sana,alam yang kekal abadi...moga aku dapat melihat WajahMU yang sekian lama ku dambakan,,,cintaMU yang ku tagihkan,,,,

Bila ku merenung diri,masih adakah secebis cintaMU buatku??apakah cinta makhluk akan membuatku jauh @ dekat kepadaMU??malu dan kerisauan menjengah,,,haruskah aku teus menolak cinta manusia??sedangkan aku tidak melaksanakan sunnah rasulullah s.a.w??malu jua aku ingin bertemu rasulullah s.a.w...terfikir semula,kefahaman dan kehidupan dalam perjuangan,pemikiran dalam mengatur masa depan,melahirkan kader2 islam yang berkualiti seperti sultan al-fateh,buakn suatu yang mudah...tapi,mampukah aku??atau pun,aku jadi guru saja,boleh saja,latih anak2 murid jadikader2 dakwah..tapi,sejauhmana kemampuanku menilai setiap anak muridku aspek dalaman dan luaran,apatah lagi dalam situasi sekarang??

'pemikir yang berinovasi'~susah2...YA ALLAH,aku takut mencintai yang lain selainMU,kerana aku takut KAU tinggalkan aku saat aku hanyut dengan cinta makhlukMU'~


bismillahirrahmanirrahim...

إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة ألا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu"(Fusshilat : 30).


~Ya Allah,tika hati ini merasa jauh dariMU,janganlah KAU palingkan hati ini..

sesungguhnya aku hambaMU yang lemah..

Istqamah sering kali disebutkan dalam kata lain dengan iltizam, komitmen, kokoh pendirian. Istiqamah memiliki makna penting dan signifikan dalam Islam. Oleh karena itulah Allah memberikan perintah agar keimanan jangan hanya berhenti pada keimanan yang mandul, keimanan yang tumpul keimanan yang tidak berkelanjutan, keimanan yang buntu. Klaim keimanan dan keberimanan hendaknya berlangsung terus menerus, dan terus naik kadar dan volumenya. Keimanan harus terus hidup, berlangsung tiada henti.

Keimanan yang berkesinambungan dengan istiqamah memiliki effek luar biasa bagi seseorang yang melakukannya. Dia mendapatkan karunia dimana para malaikat akan turun padanya saat menjelang kematiannya mengabarkan agar dia tidak takut, khawatir, gentar dan panik menghadapi kematian dan jangan pula sedih dan gundah karena dia akan mendapatkan surga sebagaimana yang telah dijanjikan pada mereka. Surga yang diperoleh melalui kucuran keringat dalam berpegang teguh pada kebenaran, komitmen dengan keadilan, keberanian menghadang tantangan dan rintangan. Bahkan jika perlu dengan darah dan jiwa sebagai taruhan.

Rasulullah diperintahkan oleh Allah akan senantiasa istiqamah terhadap segala hal yang Allah perintahkan padanya. Jangan pernah menyimpang, jangan pernah menyeleweng. Berjalanlah lurus sesuai track-nya.

فاستقم كما أمرت ومن تاب معك ولا تطغوا إنه بما تعملون بصير

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan(Huud : 112).

Tidak istiqamah berarti telah melakukan perbuatan melampaui batas.

Umar bin Khattab pernah berkata : Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terombang ambing seperti musang (yang berlarian ke sana kemari).

Suatu saat ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah satu pertanyaan sangat penting tentang Islam. Dan Rasulullah mengatakan : قل آمنت بالله ثم استقم, "katakana aku beriman kepada Allah lalu istiqamahlah." (HR. Muslim).

Pada sabdanya yang lain Rasulullah mengatakan :

(استقيموا ونعما إن استقمتم).رواه ابن ماجه

Istiqamahlah kalian semua, dan beruntunglah jika kalian istiqamah (HR. Ibnu Majah).

Rasulullah menganggap perlu menyampaikan itu karena banyak orang yang mengatakan beriman, namun keimanannya cepat layu dan loyo, keimanan yang tidak subur, keimanan yang kering kerontang. Keimanan tanpa istiqamah akan terus melemah, meredup, keropos, kerontang dan mungkin suatu saat mati. Istiqamah adalah nikmat, istiqamah adalah karunia yang tidak diberikan secara gratis pada siapa saja kecuali bagi mereka yang memang berburu untuk mendapatkannya.

Istiqamah adalah melaksanakan hal-hal fardhu yang Allah perintah, istiqamah tahu perintah Allah lalu mengamalkan ketaatan pada-Nya dan menjauhi maksiat pada-Nya. Senantiasa komitmen mencintai-Nya, ibadah pada-Nya tanpa menoleh kiri dan kanan.

Ibnu Qayyim mengatakan : istiqamah adalah kata yang mencakup semua dimensi agama ini. Dia adalah berdiri di hadapan Allah dengan melakukan kejujuran hakiki, menepati kesepakatan yang berhubungan dengan ucapan, perbuatan dan kondisi jiwa serta niat.

Ibnu Rajab mengatakan : Istiqamah adalah istiqamahnya hati atas tauhid. Tatkala hati telah istiqamah dalam makrifat kepada Allah, dalam takut pada-Nya, pengagungan-Nya, keseganan pada-Nya, dalam cinta, dalam keinginan, harapan pada-Nya dan berdoa pada-Nya, tawakkal pada-Nya dan berpaling dari selainnya maka organ tubuh lainnya akan istiqamah. Karena sesungguhnya hati adalah komandan organ tubuh lainnya dan yang lain adalah prajuritnya

Jika kita ingin anggota tubuh kita istiqamah maka istiqamahkanlah hati kita dengan Iman dan ini tidak akan pernah terjadi kecuali lisan kita telah istiqamah. Sebagaimana yang pernah Rasulullah sebutkan :

: (( لا يستقيم إيمان عبد حتى يستقيم قلبه , ولا يستقيم قلبه حتى يستقيم لسانه ))

Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya istiqamah, dan hatinya tidak akan istiqamah kecuali lisannya telah istiqamah (HR. Ahmad).

Banyak fadhilah yang akan dinikmati dari istiqamah ini oleh para pelakunya. Mereka tidak pernah ditimpa rasa takut, gentar dan was-was. Mereka akan menjadi penghuni surga yang bertabur nikmat beraroma wewangian, berhiaskan keindahan. Dunia akhiratnya diliputi dengan kebahagiaan yang menebar, hidupnya baik dan elok. Mereka mendapatkan rasa aman, ketenangan dan ketentraman, hidayat senantiasa mengawal dan mengiringi kehidupannya. Cinta Allah terus tercurah, kasih Allah terus mengalir pada mereka. Allah senantiasa bersamanya. Rizkinya mudah didapat dan hartanya penuh berkah. Umurnya bermakna dan berbobot.

Kebaikan yang dilakukan berlipat ganda, kesalahannya terhapus karena kebaikannya. Allah akan menjaga dirinya dan keluarganya. Ikhlas akan menghiasi hidupnya. Jiwanya bersih akhlaknya penuh budi. Doa-doanya mudah diapresiasi Allah. Sadar diri dan senantiasa melakukan introspeksi. Mereka akan sangat mudah memahami agama ini dan mengamalkan apa yang didapatkannya. Hidupnya adalah semangat yang berkobar, tekad yang membara, keinginan yang membubung tinggi untuk senantiasa beriman dan melanjutkannya dengan tindakan.

Tapi istiqamah itu tidaklah mudah. Di tengah dunia yang keras dan kencang, dengan terpaan angin dunia yang melenakan banyak yang harus "gugur" keistiqamahannya, harus rontok puing-puing Islamnya, harus luntur ihsannya. Dunia menipunya, dunia menggelincirkannya, dunia menelikungnya dan dia jatuh dalam jeratnya. Gemerlapnya dunia sering kali menyilaukannya, membuat matanya gelap gulita, membuat mata hatinya legam membuta. Orang-orang yang dulunya fasih menganjurkan keadilan tiba-tiba kelu karena dia dipeluk mesra oleh dunia.

Orang-orang yang dulunya rajin mengajak orang untuk sekedarnya menikmati dunia kini malah menjadi hambanya yang setia tiada tara. Dulunya dia sangat peka terhadap kemungkaran yang ada di hadapan matanya kini malah ikut menikmatinya. Istiqamah memang tidak mudah, tapi mungkin kita capai melalui tekad baja.

Istiqamah harus dipertahankan dengan semangat menyala dengan tujuan untuk kebaikan pribadi, ummat, negeri bangsa-bangsa dunia yang kini sedang merana karena minimnya orang-orang yang mau berpegang teguh dengan agamanya, kokoh dengan pondasi imannya.

Zaman kita ini perlu para "mustaqimin" dimana ketaatan senantiasa menghiasi dirinya, kemungkaran sirna dari hatinya, kebohongan tak pernah ada dalam kamusnya. Para "mustaqimin" yang tidak menjual agama dengan dunia, dan tidak menjual ayat-ayat Allah atas nama pragmatisme yang menyusup deras ke jantung-jantung yang rapuh imannya. Hati-hati yang kosong dari tilawah, dari dzikir pada yang Mahakuasa.

Di zaman kita ini yang dibutuhkan bukan ilmuwan, zaman kita membutuhkan para amilin yang menjadikan ilmu menjalar menjadi sebuah kenyataan. Bukan hanya dalam ucapan, kata dan slogan. Tapi ia lahir dan hadir di alam nyata agar bisa dinikmati oleh semesta.

Resepi istiqamah yang diberikan Rasulullah kepada sahabatnya perlu kita telan walaupun pahit rasanya, namun dia akan menjadi ubat mujarab menghilangkan semua penyakit kronis dan akut rohani kita.

~ya ALLAH,tetapkanlah hati2 ini di landasan dakwah agamaMU,sapalah hati2 ini dengan kecintaan kepadaMU~~