Islamic Widget

Friday, January 29, 2010

UKHWAH FILLAH MENJANA CINTA KEPADA ALLAH!!

salam ukhuwwah fillah..
Tika waktu ini,atas rahmat cintaNya buat hamba-NYA,kita semua..ingin ana kongsikan suatu cerita benar tentang persahabatan ana ...biarlah ana gelarkan mereka dengan ''huurunain'(nama bidadari syurga),'zinnirah;(srikandi islam),dan ana,'khazinatul zikra(khazanah peringatan),moga ukhuwah fillah kami membawa kami berpimpin tangan menuju keredhaanNYA.Takdir menentukan kami dilahirkan dalam bulan yang sama,tahun yang sama,seterusnya menjadi adik beradik 2 pupu,tapi,mereka lahir di kedah,ana di kuala lumpur..Bersahabat dari kecil,main tuju kasut sekali,main pondok-pondok yang kami namakan 'umah pokok nira'(lucu betul masa tu)'.Mereka berdua ni kembar seiras,jadi,ramai orang susah nak mengecam yang mana kakak dan adik.Ana lah jadi tukang cam orang..masih terakam di minda ni,masa belajar taski,mereka berdua pakai bedak sejuk,comel betul..ana pun gelak la(ni masa umur 5 tahun,tak berapa cerdik lagi),apa lagi,merajuk la 2 orang sahabat kesayangan ana tu,akhirnya ana pun kena minta maaf kat mereka(ana pun menangis...malu betul bila teringat masa kecil-kecil dulu).Selepas tu,kami berpisah,ana ikut keluarga balik KL,dan pindah ke Pulau pinang..dan akhirnya menetap di kedah hingga sekarang.Dulu,kami bertiga suka bergaduh,berbaik semula,dan berulang-ulang juga la kan.Kalau berjalan pergi mana-mana,ana kena duduk tengah..macam diapit pula kan. macam VIP pulak..tapi,ana sayang sangat dekat mereka berdua ni.Masa tingkatan 1-3,ana sekelas dengan adiknya,''hurrunain'',selepas tu,kami berhijrah ke maahad alor star,berkumpul semula dengan kakaknya,''zinnirah' .tapi,ana sekelas dengan kakaknya pula,adiknya di kelas yang lain..subhanallah!!.Ingat kami bertekad ambil STAM,tapi kami bertiga keluar pula..ana teringin nak ambil STPM sekali STAM di SMKAK(sukakan adventure),kakaknya pula pergi Matrix nilam puri,dan adiknya pula pergi U.Darul Iman.Terpisah lagi..selepas itu,ana terus masuk ke KUIN,my beloved campus.Biah solehah di sini sama seperti di maahad.Allah menguji ana antara 2 tempat:USIM @ KUIN??SUBHANALLAH!!!hati ini sudah terpaut di sini.rasa cinta pada mutiara-mutiara di sini;pensyarah-pensyarah arab,biah solehah,sahabat-sahabat ...nekad di hati ini,inilah medan jihadku..walau jauh,hubungan kami tak pernah putus,dan selalu saling mentazkirah hati-hati kami..ALLAHUAKBAR!!bahagianya dikurniakan sahabat yang saling mencintai keranaMU..Cinta allah!!itulah impian kami yang kami teguhkan sebelum kami berpisah...Kini,kami berjuang di jalan yang berbeza tapi bermatlamatkan yang sama''MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DAN SYARIATNYA''!!kami sering bertukar-tukar rasa hati,cuba menasihati diri kami masing-masing...terutama bagi diri ini,...:

Sahabatku yang ku cintai keranaNYA,
Masihkah kau ingat saat janji antara kita terpatri di ruang persada perjuangan,
Tetap tersemat kukuh di ingatanku,
Tika kau menuturkan bicara sebagai seorang daie,
Mengajakku mengenal penat jerih perjuangan,
Yang kita anggap sebagai pendakian cinta kita kepada CINTANYA.

Sahabatku yang ku cintai keranaNYA,
Tika diri ini terasa lemah dalam pentaklifan sebagai pejuang,
Beratnya amanah ini bersama cetusan hati ingin lepaskan taklifan ini,
Namun,kau ingatkanku akan nikmatNYA bersama amaranNYA untukku,
Kau sentiasa cuba memahamiku dan bertanya khabarku,
walau kita jauh di pandangan...
Katamu 'kita saling mendoakan,moga ikatan hati ini tetap utuh mengharap CintaNYA'..

Sahabatku...aku benar-benar bersyukur padaNYA,
Aku punya sahabat terbaik sepertimu,
Ditambah sahabat-sahabat di kampusku ini,
Yang turut menjadi mata-mata rantai pejuang islam,
Aku bangga punya sahabat sepertimu.,
Teruslah berjuang!!aku akan sentiasa menyokongmu selagi kita berada di jalan yang benar..
Dan tidak akan pernah meninggalkanmu andai ada antara kita berpaling,
akan tetap antara kita yang menghulurkan salam ukhuwwah fillah,
Agar hati dan diri kita sentiasa mencintaiNYA melebihi cinta duniawi yang melalaikan,,,
Bukankah itu janji kita!!!
Berjuanglah!!!kerana aku juga masih berjuang di sini,
walau kau nun di sana...doa kita akan bersatu memohon sinar islam kembali bersinar
di akhir zaman ni,
salam ukhwah fillah,selautan rinduku buatmu,sekencang dakwah!!!TAKBIR!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!


-khas buat sahabat-sahabat yang berjuang di jalan perjuangan...
CINTA ALLAH MEMBAHAGIAKAN WALAU DERITA MENGHIMPIT!!
SUBHANALLAH!!!
wallahua'lam