Islamic Widget

Tuesday, December 27, 2011

Pena pejuang anak muda dan veteran


Subhanallah...

Dalam sujud syukur tika tiada bersamaku..melainkan Tuhanku Yang Esa..

Rasanya aku lebih selesa dengan penulisan dalam blog ini..

Mari kita melihat kepada suatu topik yang bersangkut dengan perjalanan hidup kita iaitu 'PERSPEKTIF'..suatu cara atau kaedah sudut pandang ataupun jua seperti penilaian terhadap sesuatu perkara tidak kiralah dalam hal kerja,individu,organisasi.pemilihan cara hidup dan sebagainya..Betapa pun bagaimana persepktif kita kepada sesuatu,usahlah kita terus menghukum dengan hanya bersandarkan persepktif kita semata-mata.Pemikiran yang bergantung kepada persepktif yang baik atau boleh dikatakan 'husnuz zhon' adalah digalakkan,tapi,amat menyedihkan bila yang di praktikkan adalah perspektif yang buruk atau 'su uz zhon' teramat menyedihkan..kesempitan pemikiran adalah akibat daripada jumud nya persepktif dalam personaliti yang menjadikan manusia khususnya pendakwah mahupun pejuang islam terkebelakang dek berbeza entiti pergerakan mahupun khilaf dalam ijtihad masing-masing..Jadi,pengurusan nilai perspektif perlu di nilai dan di 'post mortem'kan secara telus,berfikiran terbuka dan berlapang dada(salamtus sodri),jika nilai-nilai baik ini tidak diterapkan ke dalam jiwa-jiwa muda mahupun veteran dalam memahami kelebihan dan kekurangan pergerakan masing-masing,usah menuding jari anatara satu sama lain jika pergerakan aktivis-aktivis ini kurang mampan perlaksanaan misi dan visi yang hebat di canangkan..

Dalam sejarah Tanah Melayu(malaysia kini),dahulu jua terdapat perbezaan kaedah dan pola pemikiran generasi yang berbeza iaitu kaum muda dan kaum tua dalam menggerakkan jentera aktiviti-aktivi ke dalam politik,dakwah,perkauman,sosial,ekonomi dan sebagainya..Bagi anak muda yang seperti aku ni,aku makin cuba memahami mengapakah orang tua seringa mengatakan kepada kita 'darah muda besa lah'.,atau 'jangan ikut kan sangat darah muda yang hangat atau panas'??ermm,kata-kata yang mereka tujukan kepada kita adakah mereka dulu pun begitu?atau sekadar menyekat atau menyabarkan hati dan pergerakan anak-anak muda seperti kita??jika ikutkan hati yang agak terbakar dengan sindiran dan perlian,atau postifkan diri,mungkin nasihat yang baik,,inshaallah,,perlu kita ambil iktibar bersama-sama jua..bagi anak-anak muda,orang-orang tua atau veteran seeloknya tidak terus menyekat anak-anak muda ini dengan tindakan dengan tidak wajar lantas menenggelamkan kekreatifan minda anak muda,sebaliknya,hendaklah diberikan peluang kepada anak muda ini memandu corak perjalanan hidup mereka dengan bimbingan secara 'remote control' atau melihat daripada jauh dan memberi tunjuk ajar dengan hikmah agar tidak tersasar,bukan terus menghukum dan memainkan peranan masuk campur tanpa penjelasan atau boleh di istilahkan jua ibarat 'queen control' dalam mengadaptasikan anak muda MESTI menjadi apa yang mgolongan vetern inginkan..

Walaupun begitu,anak muda harus bertoleransi dan menghormati veteran kerana pengalaman dan ilmu yang di miliki mereka,bahkan menghormati orang yang lebih tua,lebih memahami asam garam kehidupan yang agak alam.anak muda jua harus faham,terkadang mungkin ada benar,dan ada silapnya pandangan veteran ini,tapi,itu biasalah,mana ada manusia di dunia ini yang sempurna kan??begitu jua golongan tua atau veteran..jadi,isu khilaf perspektif atau pendirian mahupun pergerakan golongan anak muda dan golongan orang tua atau veteran tidak harus membuatkan pergerakan dakwah islam menjadi tumpul bisa nya,hilang kesatuannya,dan rosak fikrah islamnya dek saling melabel 'anak muda tidak betul!','veteran tidak betul!',dengan pelbagai istilah seperti terlalu jumud,sempit,agresif,mandom dan sebagainya..

Pandangan aku yang kerdil ini,apa salahnya kita terus memainkan peranan kita mengikut posisi masing-masing dan saling mengamalkan keterbukaan dan berlapang dada dalam wadah dakwah yang kita pilih untuk jejakinya..jika kita terasa susah,inilah dikatakan PERJUANGAN!!usah berjuang jika tidak sanggup susah,dan tidak layak digelar sebagai PEjuang jika tidak sanggup bersusah..bukan kah kita selalu mendengar 'Susah itu Tarbiyyah??dan bukankah dengan susah nya hidup dalam perjuangan mampu mematangkan fikiran dan tahap personiliti kita dalam mengurus emosi,mental dan fizikal kita dalam mendepani masa hadapan?Tarbiyyah itu pendidikan yang dapat mengajar kita kita dalam me'makna'kan perjuangan kan??

Sabar Itu indah??ya!indah jika kita mampu mengenal jalan ini bukan hanya terkedepan,tapi,seringkali boleh jadi kita akan keterbelakang tanpa kita sedari..bak kata pepatah;'kehidupan manusia ini ibarat roda yang berputar,terkadang di atas dan terkdang di bawah'..jadi?pilihlah jalan hidup kita dan jalanilah dengan positif,ambil 'ibrah dalam setiap urusan hidup tidak kira lah susah mahupun senang,derita,kecewa mahupun bahagia..dan andai terjatuh sekali dalam laluan ini,bangkit kembali,kerana bukan kah kita anak muda yang tahan lasak??yang tidak gentar dengan dunia ini kerana kita lebih takutkan Allah?dan sunnah rasulullah s.a.w kita mahu soroti jalan baginda sebaik mungkin...maka,sorotilah dengan peribadi unggul sepertimana Baginda s..a.w yang kita rindui..

Anak muda,kita generasi pemimpin masa depan,dan ingatlah kita tidak boleh berlebihan dan berkurangan dalam sesuatu,,maka bersederhanlah,kerana ia lebih baik..membina waqie' islam yang kita inginkan memang cita-cita pejuang islam,tapi,haruslah dengan hikmah dan terkadang kita terpaksa mengikhlaskan hati serta melapangkan diri untuk menerima sesuatu keputusan,bukan kerana kita gentar,bimbang di 'black list' oleh pihak=pihak tidak sependapat,tetapi,kerana kita kena jelas dengan misi dan visi yang lebih jauh..mengikut waqie; walau kita tidak rela,hati seakan tawar,tapi,ingat,perjuangan memartabatkan islam bukan mainan,yang boleh kita tinggalkan semudah itu saja jika kita tidak suka mahupun tidak sanggup,tetapi,KITA MESTI jua teguh bergerak demi masa depan ISLAM yang cerah..dan percaya lah,moga berkat kesabaran,doa dan tawakal kepada Allah setelah kita berusaha,moga Allah mentakdirkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan ummah dan Agama Islam kita ini ke arah khilafah islamiyyah,,ameenn,,inshaallah..

sebelum aku meninggalkan tinta ku yang kerdil ini,inginku tinggalkan suatu ayat daripda firman Allah yang dapat kita renungkan bersama-sama walaupun ayat yang pendek..ssungguhnya Allah Maha Bijaksana,semuanya telah ada di dalam KALAMNYA..

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

marilah kita bersama sama memburu syahid fi sabilillah,,

'sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan allah dalam barisan yang teratur,seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.'


wallahua'lam,,sekian saja

~pena zikrullah,zikr Q Ann~

No comments:

Post a Comment