Islamic Widget

Wednesday, December 21, 2011

Diari hidup~

salam mahabbah fillah,,
ya allah,di keheningan malam ini,aku kembali bertafakkur kepadaMU,meneguk lautan rahmatMU membenarkan aku bernafas di muka bumiMU ini..kenangan lalu terimbau di ingatan..tika aku jatuh tersungkur,tika tiada siapa yang mempercayaiku,tika aku berendam air mata sendirian menanggung penderitaan yang amat ku takuti..

Tika itu,terasa dunia ini kelam,laluan ke depan ku terasa berliku,jauh untuk ku daki..tiada tangan-tangan menghulur dengan senyuman,,aku hampa dan kecewa..saat itu,aku makin akrab denganMU,aku makin bahagia berbicara denganMU dalam tangisan,hingga aku tidak gemar berkata-kata dengan lisan sesama manusia..namun,ENGKAU MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG,,di saat itu,ENGKAU titipkan hati-hati yang ikhlas menghulur kasih sayang kerana ALLAH,,saat berjanji setia dalam perjuangan agamaMU,membuatkan aku ingin menjadi tegar dengan jalan hidupku..

Ketakutanku selama ini telah ENGKAU uji bertalu-talu dalam masa yang sama,hingga saat aku ketawa riang,setelah itu,EnGKAU aturkan buatku untuk menangis kesedihan..aku tahu,aku makin lalai dengan kesenangan dunia..fitnah dunia melalaikan aku,,aku benar-benar takut untuk menghadapi masa hadapan,tapi,aku tetap memberanikan diri menghadapinya..abang ku pernah berkata'seorang pejuang kena menghadapi,bukan berpeluk tubuh atau bersembunyi di dalam selimut,itu bukan perjuangan,tapi,persembunyian seorang pengecut!!'ya,aku memang seorang yang agak pemalu dan agak gentar kenyataannya,tapi,aku boleh menjadi seorang yang lebih berani tika aku tidak takut dengan apa-apa pun kecuali tuhanku bila aku di tekan..

Dalam berukhuwwah dan bersahabat,kenyataannya,segalanya banyak bermula di kampus ku,di sinilah aku mengenal sahabat2 sejati,mengenal bumi barokah,dan gerka kerja berkumpulan,,,Sejujurnya,aku tidak pernah berkawan dengan muslimin sejak di pasti,sek,rendah,hingga sek ,menengah.melainkan adik beradik lelaki ku dan sepupu2 lelaki ku..walaupun aku bersekolah campur..entahlah,rasanya bagiku tidak ada keperluan ke arah itu..kerana bagiku dunia antara aku dan mereka berbeza..mungk8n kerana itu jua,ada kalanya,aku menghadapi masalah komunikasi antara muslimin di kampus ku,,dalam melakukan gerak kerja berpersatuan..jujur aku katakan,aku tidak pandai berukhuwwah dengan mereka,,bagiku,aku berukhuwwah dalam gerak kerja,dan kurang gemar mahu masuk hal perasaan atau peribadi melainkan sedikit2 saja,kerana itu bukan aku..kerana aku..dulu,di sekolah agama ku,malah hingga kini prinsip yang masih ku pegang kerana ALLAH,aku tidak akan berkawan atau bercouple dengan muslimin melainkan dengan aqad yang sah..bukan kerana aku dulu pimpinan badan dakwah,bukan jua kerana pengawas asrama sekolah..tapi,aku memegang firman ALLAH;janganlah kamu menghampiri zina!',,untuk hampiri pun ditegah,apatah lagi melakukan zina..nauzubillah..lebih baik ,aku menutup terus ruang-ruang ke arah itu..insyaallah,ALLAH maha MENGETAHUI,,dan aku jua takut jika hati aku mencintai seseorang yang tidak halal buat ku..aku tidak mahu merosakkan kesucian hatiku dan maruahku sebgai muslimah,,ya allah,biarlah aku di anggap kuno atau sebagainya,,hanya ENGKAU MAHA MENGETAHUI hati ini..

Tika aku menulis puisi-puisi,lirik-lirik lagu nasyid,,aku terasa bahagia,,aku terasa hatiku berbunga ceria..aku lebih gemar menulis berbanding bercakap secara formal,kerana aku tidak berbakat dalam percakapan..selalunya,aku mencampurkan bahasa bermacam-macam dan selalunya ramai orang tidak faham butir bicara ku malah apa yang aku ingin di sampaikan melainkan dengan orang yang benar-benar rapat denganku..percakapanku akan lancar dan boleh berhujjah dengan mereka..pelik betul....erm,itu lah aku..suatu perkara yang aku sangat-sangat suka buat adalah bernasyid tika hati aku rasa riang,sedih dan rindu..mungkin kerana terpengaruh dengan adik beradik yang bergiat dengan seni muzik nasyid..jadi,aku pun begitu jua,dan mungkin kerana aku selalu menjadi tukang komen,pengkritik tak rasmi mereka..mesti agak pelik bagi seorang muslimat memiliki kemahiran bermain alat muzik seperti kompang,gendang,rebana,key board dan piano kan??nak buat macam mana kan,itulah minat ku suatu ketika dulu,hingga cikgu muzik ketika sekolah rendah dulu benarkan aku bermain alat muzik itu,dan bernasyid..dulu,aku jua,sering mendeklamasikan sajak dan puisi hingga peringkat sekolah-sekolah,..jiwa seni kah aku??wallahua'lam..

Bergiat dalam dunia politik jua,amat mengujakan aku tika di maahad lagi..tapi,masih agak suam-suam hingga aku menjejak kampus..dulu,aku agak boleh dikatakan jumud juga,kurang mengambil tahu tentang dunia luar,kerana duniaku ibarat dunia seorang sufi..(serikandi idola ku dulu adalah rabiatul adawiyyah dan hassan al basri)..tasawwuf,hingga aku cukup berminat menjadi ahli sufi dengan menyertai tareqat..tapi,ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buatku,aku kini bergiat dalam lapangan dakwah bersama masyarakat..Ada seorang syeikh yang amat ku hoRMATI BERKATA'JADILAH SSEORANG SUFI HARAKI'mengislahkan diri dan mengislahkan orang lain jua..memperjuangkan khilafah islamiyyah,menegakkan amar maaruf nahi mungkar..itulah yang terbaik berbanding hanya mengislahkan diri sendiri sahaja'..ya allah,,,terima kasih ya allah..atas jalan yang ENGKAU tetapkan buatku ini..

Aku bersyukur kepadaMU..di sini,aku bertemu mutiara-mutiara cinta yang tidak ternilai,,moga perjalananku ke depan lebih mengajar ku erti kehidupan mujahidah sejati sehari demi hari hingga helaan nafas terakhir..ameen..ya allah..

ya Allah,tika manusia berbicara tentang hati,aku membisik hakikat cintaMU,
tika manusia berbicara tentang cinta,aku memikir tentang rindu kepadaMU,
tika manusia berbicara tentang rindu,aku menunduk malu adakah aku layak mendapat maghfirahMU??

sesungguhnya aku ingin tenggelam dalam zhauq cinta kepadaMU,namun,ENGKAU sering mengujiku dengan cinta fana hingga aku sibuk dengannya kerana nafsu sering menjeratku,aku ingin segera bertemu denganMU dan melupakan diriku di dalam dunia,namun,menyedari dosa-dosa ku terlalu menggunung,masihkah ada keampunan buatku ini,,pertemuan denganMU amat ku dambakan,namun,amal bekalan ku masih tidak ku insafi terlalu sedikit amalanku,bahkan andai ditolak masihkah ada nilaian keikhlasan di dalamnya,masih kah amalan ku itu berbaki untuk aku memandang WajahMU yang AGUNG??..
Oh tuhan,,aku malu,,aku takut andai aku hanyut dalam cinta dunia hingga cintaMU tiada ruang terindah di singgahsana hatiku..tiada kalam yang mampu aku terjemahkan hati ini kerana aku,,,hanya hambaMU yang tersangat berdosa..

wallahua'lam..segalanya bermula dalam hati yang inginkan cinta illahi,,insyaallah..
moga cintaNYA mampu aku reguk walau secicip cuma..ya allah..=)senyuman cintakepadaMU YA ALLAH!!!

No comments:

Post a Comment